Adik Dorong Kakak Berjaya

imagePASIR MAS– Meskipun dilahirkan dalam keluarga kurang berkemampuan, seorang pelajar tingkatan empat di Kampung Kasar, tidak meletakkan sebarang beban untuk memperoleh keputusan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Wan Amni Masturina Wan Abdullah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, mengikut tradisi kecemerlangan yang ditunjukkan abang serta kakaknya.

Wan Amni berkata, berkat dorongan ibu serta adik-beradiknya, dia menguatkan semangat untuk berjaya demi membawa keluarga ke tahap yang lebih baik pada masa depan.

“Saya tidak mahu melihat ibu bersengkang mata dan terpaksa bekerja lebih masa demi mencari sesuap nasi untuk kami.

“Saya akan berusaha hingga berjaya menjadi seorang guru dan jika dipanjangkan umur dan diberi rezeki, saya berharap dapat menunaikan haji bersama,” katanya, semalam.

Selain Amni, abangnya, Wan Anas Wafiy Wan Abdullah, 22, merupakan penuntut tahun satu di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pada 4 Ogos 2011 lalu, Sinar Harian menyiarkan kesusahan yang ditanggung kakak Amni, Wan Nur Awanis, 21, yang juga pelajar cemerlang, mendapat keputusan 9A dalam PMR, 2007 lalu.

Namun, kesusahan hidup dan tekanan yang dihadapi menyebabkannya tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran, sekali gus menghalangnya daripada menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kini, melihat kepada kecekalan adiknya, Awanis yang tercicir dalam pelajaran, berazam untuk berjaya dan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini.

Bukan itu sahaja, atas kesungguhan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir Abd Aziz Mohammad, bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dipanjangkan kepada keluarga ini, tahun lepas.

Beliau berkata, ini merupakan hasil bantuan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kepada penduduk miskin.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: