Jangan Cetus Huru Hara Jika Ikhlas Bela Nasib Rakyat

576382_476293829067805_1744469342_nKUALA LUMPUR: Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.

Beliau berkata, ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi peniaga.

“Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini,” katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala ‘Arab Springs’, Azraful berkata, ia sangat keterlaluan kerana keadaan di negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda ‘Arab Springs’, termasuk Syria.

Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika ‘Arab Springs’ menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan seperti mana yang berlaku di Syria sekarang.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) konflik di Syria yang tercetus sejak Mac 2011 meragut lebih 60,000 nyawa setakat ini, manakala beratus-ratus ribu lagi rakyat negara itu menjadi pelarian.

Sementara itu, Yang dipertua MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ahmad Shukran Shaharudin, berkata jika ‘Arab Spring’ menular ke negara ini ia bukan saja bakal meragut nyawa mereka yang tidak berdosa, malah mendatangkan kerugian dari segi wang ringgit, masa dan tenaga.
“Apa pun yang berlaku hari ini, pokok pangkalnya adalah kesedaran rakyat dan sejauh mana mereka boleh berfikir secara rasional?

“Kerajaan sudah bagi macam-macam, kenapa masih ada lagi pihak yang cuba melakukan provokasi sehingga mencetuskan kemarahan rakyat?

Yang dipertua MPP Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Muhamad Noor Rushdan Abdullah pula berkata, protes jalanan bukanlah satu tindakan yang profesional dan ia dibuat demi kepentingan masing-masing tanpa menghiraukan nasib orang ramai.

“Semua pihak harus lakukan yang terbaik untuk negara dan agama. Kenapa mesti nak ikut tindakan negatif yang timbul di negara luar?,” katanya.

Muhamad Noor Rushdan juga menasihatkan mahasiswa supaya tidak terbabit dengan sebarang protes, sebaliknya mereka selaku individu terpelajar wajar bijak membuat pilihan. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: