Mustapa: Naza Bakal Bekerjasama Dengan Kamaz

mole-Datuk-Mustapha-MohamedKUALA LUMPUR – Naza Group kini dalam perbincangan dengan Kamaz, syarikat pengeluar trak dari Tatarstan, bagi mencari peluang kerjasama dalam industri jentera berat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Saya difahamkan, pihak Naza dijangka menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat terbabit bagi segmen pemasangan dan pembuatan trak di negara ini untuk pasaran di Malaysia dan juga Asean,” kata beliau selepas menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia-Tartastan di sini hari ini.

Mustapa berkata buat masa ini penembusan syarikat Malaysia di negara terbabit masih lagi dianggap kecil dengan hanya empat syarikat beroperasi di sana.

Namun begitu, melihat trend pelaburan yang positif oleh syarikat tempatan di negara berkenaan, beliau yakin lebih banyak lagi syarikat Malaysia akan menembusi pasaran Tatarstan pada masa akan datang.

Selain itu, Mustapa berkata beberapa syarikat teknologi maklumat juga telah menunjukkan minat untuk melabur di sana.

Dari segi pelaburan, beliau berkata nilai pelaburan syarikat Malaysia ke Tatarstan menunjukkan trend positif dengan kenaikan kepada US$950,000 pada 2011 berbanding US$741,100 tahun sebelumnya.

Bagi sembilan bulan pertama 2012, jumlah pelaburan syarikat Malaysia ke negara tersebut bernilai US$568,000.

Sementara itu, beliau berkata negara itu juga berminat dalam bidang pendidikan tinggi negara ini.

“Delegasi dari Tatarstan kagum dengan perkembangan institusi pendidikan tinggi negara ini selepas lawatan mereka ke Universiti Multimedia dan Universiti Islam Antarabangsa dan merancang untuk menghantar lebih ramai lagi pelajar mereka ke Malaysia dalam masa terdekat,” kata beliau.

Lawatan tiga hari Presidennya Rustam Minnikhanov ke Malaysia yang bermula semalam merupakan lawatan kedua presiden berkenaan selepas lawatannya pada 2010. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: