Pemilihan Anggota CEC Sah: Guan Eng

4dfe834e05570d97abbfa7b19e7a7afbGEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP adalah sah dan pemilihan semula tidak perlu dijalankan.

Beliau berkata, audit dalaman dilaksanakan oleh pakar pilihan raya, Dr Ong Kian Ming serta audit bebas TCMK Associated Chartered Accountants, bagi memastikan keputusan akhir berkenaan tepat.

“Tidak sepatutnya timbul kemusykilan kerana keputusan itu disahkan oleh pakar profesional.

“Tapi kalau ada ahli yang tidak berpuas hati mereka boleh kemukakan pandangan secara bertulis dan kepimpinan tertinggi sedia menimbangnya,” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak projek Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah negeri di sini, hari ini.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas desakan pemimpin akar umbi DAP semalam yang mahu kepimpinan tertinggi DAP mengadakan pemilihan semula anggota CEC.

Kontroversi itu timbul apabila DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada 3 Januari lalu dan pelbagai pihak percaya bahawa ia dibuat bagi membolehkan calon Melayu tersenarai sebagai anggota CEC parti itu. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: