Penyakit Misteri Terungkai

imageMACHANG – Penderitaan bekas imam sukarela Kampung Laklok, Ibrahim Nor, 73, yang tidak pernah tidur sejak jatuh sakit, 13 tahun lalu mendapat perhatian Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, di sini, semalam.

Ibrahim menghabiskan waktu malamnya, dengan merangkak mengelilingi rumah serta mempunyai pelbagai masalah kesihatan lain, termasuk pertuturan dan penglihatan yang tidak jelas.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Ustaz Shamsuri Shafie berkata, beliau terpanggil untuk membantu Ibrahim apabila membaca penderitaannya yang disiarkan Sinar Harian, minggu lalu.

Katanya, berdasarkan rawatan yang dibuat, warga emas tersebut mempunyai gangguan yang berpunca dari jin terutama di bahagian kepala, seterusnya menyebabkan pelbagai masalah kesihatannya.

“Alhamdulillah selepas rawatan dijalankan, terdapat sedikit perubahan pada warga emas berkenaan. Dengan kuasa Allah, warga emas berkenaan sudah mula bercakap dan berjalan dengan baik.

“Ini merupakan satu perkembangan positif. Kami akan membuat pemantauan dalam tempoh tujuh hari untuk melihat perkembangannya,” katanya.

Isteri Ibrahim, Rokiah Mustafa, 60, berkata, suaminya tidak mampu berjalan dan melihat dengan baik sejak jatuh sakit dan banyak menghabiskan masa dengan duduk di biliknya pada waktu siang.

Katanya, dia tidak mampu mengusahakan perubatan alternatif memandangkan mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung hidup kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kami tidak mempunyai anak, mujurlah ada anak saudara yang menolong saya menjaganya.

“Sebelum sakit, suami pernah beritahu dia dipatuk ular tetapi apabila saya memeriksanya, tiada kesan patukan, malah dia juga  sihat seperti biasa namun lebih kurang dua minggu selepas itu, dia mula sakit dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

“Selain bantuan daripada JKM, saya juga mengambil upah menjual ubat-ubatan tradisional bagi menambah sumber rezeki,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Laklok, di sini, semalam.

Rokiah, pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengubati penyakit suaminya yang agak pelik, namun masih belum berhasil tambahan pula  dia mempunyai sumber kewangan yang terhad. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: