Pesara Forensik Dituduh Cabul

imageKOTA BHARU – Seorang pesara forensik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, kelmarin atas tuduhan mencabul seorang peniaga di sebuah rumah di Jalan Yaakobiah di sini, bulan lalu.

Tuduhan terhadap warga emas berusia 60 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Tuan Manan Tuan Soh dari Kuala Lumpur didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berusia 41 tahun itu dengan menyedari perbuatan itu akan mencabul kehormatannya jam 11 malam, 23 Disember.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Pada prosiding kelmarin, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, tertuduh melalui peguam belanya merayu supaya jaminan dikurangkan kerana memiliki anak yang masih bersekolah berusia antara lapan dan 12 tahun.

“Tertuduh masih mempunyai tanggungan dan seorang anaknya baru selesai menjalani pembedahan kerana ketumbuhan selain seorang isteri bekerja sebagai guru.

“Tertuduh juga menghidap penyakit diabetes dan asma serta berjanji tidak akan melarikan diri atau mengganggu mangsa,” katanya. Kes bersambung 20 Januari depan.

Sebelum itu, sebuah akhbar melaporkan seorang peniaga mendakwa kehormatannya dicabul selepas dipercayai dipukau seorang bomoh yang merawatnya.

Bomoh yang juga kenalan suaminya dari Kuala Lumpur itu dibawa ke Kelantan untuk merawat sakit lenguh badan yang dialami mangsa sebelum lelaki itu bertindak meraba wanita itu serta menyuruhnya membuka kain sarung dipakai dengan alasan membuang penyakit.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: