Dakwa Tanah Diceroboh

imageKOTA BHARU – Lebih 100 penduduk perkampungan Orang Asli dari Pos Balar dan Belatim, Gua Musang mengadakan demonstrasi secara aman bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kota Darul Naim, di sini membantah tindakan Kerajaan yang didakwa menceroboh tanah milik mereka.

Pihak terbabit menyatakan kekesalan terhadap tindakan Kerajaan yang menggunakan tanah di kawasan itu yang menjadi penempatan mereka sejak bertahun lamanya namun digunakan oleh pihak terbabit bagi menjalankan projek pembalakan dan Ladang Rakyat.

Wakilnya, Kamal Alek, 27 berkata, sebelum ini kawasan berkenaan yang menjadi penempatan mereka, tidak pernah diisytiharkan menjadi milik kerajaan dan kehadiran mereka yang masuk ke kawasan itu tanpa perbincangan menjadi tanda tanya.

“Tindakan mereka yang melantik pemaju menjalankan projek pembalakan dan Ladang Rakyat di samping memacakkan papan tanda dilarang menceroboh mencabar kewibawaan kami sebagai penduduk asal di kawasan ini.

“Kami amat kesal dengan tindakan itu yang menggunakan kuasa mereka tanpa mengikut lunas undang-undang yang betul dan menjalankan projek itu tanpa persetujuan pihak kami,” katanya kepada pemberita di perkarangan pejabat tersebut Negeri semalam.

Penyerahan memorandum itu disaksikan wakil Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Zawawi Mohamed.

Kamal Alek berkata, pihak berkenaan perlu memperjelaskan perkara ini agar ia dapat diselesaikan dengan tindakan sewajarnya supaya ia tidak mengeruhkan keadaan.

“Kami beri masa selama tujuh hari, kepada pihak kerajaan menjelaskan perkara ini dengan sebaiknya jika tidak kami akan mengambil tindakan selanjutnya dan membawa perkara ini kepada pihak atasan,”
katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kampung Persekutuan (JKKP) Ajal Along, pihak terbabit langsung tidak menghormati hak-hak Orang Asli kerana tidak menggunakan saluran yang betul untuk mengadakan perbincangan.

“Sepatutnya jawatan sebagai JKKP yang dilantik oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diberi keutamaan dan pemaju yang menjalankan projek di kawasan kami perlu berbincang dengan orang kampung dan mendapat persetujuan.

“Namun mereka seolah-olah menidakkan hak kami dan membelakangkan kedudukan kami sebagai penduduk asal di kawasan ini dan mempermainkan hak Orang Asli,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: