Jangan Guna Dalam Bible, Gereja

imageKOTA BHARU – “Orang bukan Islam pada dasarnya boleh guna nama ALLAH, tetapi bukan meletakkan dalam Bible dan gereja”.

Demikian reaksi Ketua Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika mengulas isu penggunaan kalimah ALLAH yang menjadi polemik kini.

Reaksi itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib yang menegaskan penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam. Menurut Mohamed Daud, pada asalnya, kalimah ALLAH boleh digunakan sesiapa sahaja, namun apabila ia disalahgunakan pihak tertentu, maka adalah tepat sekiranya kerajaan bertindak menghalang penggunaannya kepada orang bukan Islam.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PR termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh masyarakat bukan Islam Islam adalah tepat berdasarkan isu semasa.

“Apa yang dijelaskan pemimpin PR tepat. Tidak ada masalah orang bukan Islam untuk guna kalimah ALLAH, tetapi jangan salah guna kebenaran itu,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: