Kek Hari Jadi Istimewa Dari Kenny Chua

nik aziz - birthday2

Kenny Chua menyerahkan kek istimewa kepada Tok Guru

Selamat Hari Jadi yang ke 82 Tok Guru. Mohon maaf penulis tidak  menghantar kek atau pun hadiah. Memang sengaja penulis tidak mahu menghantar kek atau pun hadiah kerana bimbang timbulnya fitnah sepertimana niat suci seorang sahabat kita untuk membawa Tok Guru menunaikan haji.

Begitu juga dengan fitnah terbaru, tanah balak untuk dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Tok Guru perlu dijauhkan daripada fitnah begini kerana ia akan menjejaskan imej Islam. Tok Guru adalah pemimpin Islam nombor satu negara.

Namun hari ini penulis sedih dan kecewa kerana orang disekeliling tok guru memstikan fitnah seperti ini berulang lagi semalam. Sewajarnya, Wan Nik atau Ahmad Fadhli memastikan Kenny Chua tidak menghantar kek kepada tok guru semalam.

Semua tahu, Kenny adalah taukeh balak. Dia dapat banyak tanah balak di Kelantan. Ini boleh menimbulkan persepsi dan fitnah daripada rakyat terutama orang UMNO biarpun niat Tok Guru dan Kenny ikhlas.

Sudah ada sembang di kedai kopi berapa harga kek dari Kenny?  RM200,000 atau RM300,000?.  Apa yang pasti persepsi rakyat Tok Guru hampir sama dengan pemimpin lain, amat mudah dibeli oleh taukeh balak. Fikirlah!

nik aziz ngeh

Tags: , , , , , , ,

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: