Maka Terngangga Dan Tersenggehlah Nga Dengan Ngeh

Tok Janggut

balakApa saja yang Pas buat, semuanya dalam bentuk pemberian ‘saguhati’ atau ‘hadiah’. Hatta, memberi tanah berkawasan balak di kawasan Relai, Gua Musang kepada dua pemimpin Cina DAP Perak pun dianggap pemberian dalam bentuk ‘perniagaan’.

Mana ada rasuah? Pas tidak pernah berasuah atau dirasuah atau merasuah. Beri duit, terima duit. Beri tanah, terima tanah. Beri hadiah, terima hadiah. Beri tajaan ke Mekah, terima tajaan ke Mekah, semua itu bukan perbuatan memberi rasuah dan menerima rasuah dalam Pas dan pembangkang amnya.

Begitu juga kes seorang kontraktor yang kaya raya nak taja pemimpin tertinggi Pas sekeluarga ke Mekah dan pemimpin itu menerimanya, itu bukan rasuah. Itu hadiah. Itu saguhati. Itu tajaan dari orang yang ‘baik hati’.

Jadi, bertepatanlah kalau seorang pemimpin Pas bersuara, menyatakan isu pemberian tanah kepada wakil rakyat DAP itu tidak menjadi sebarang masalah, kerana ia melibatkan urusan ‘perniagaan biasa’, bukannya melibatkan rasuah.

Yang dikatakan rasuah oleh pemimpin Pas ialah BR1M, KR1M, Tr1M dan macam-macam 1M lagi, yang dilakukan oleh Umno / BN. Asalkan Umno / BN berbuat kebajikan kepada rakyat, prihatin dengan nasib dan masalah rakyat, itu baru dinamakan rasuah.

Beri tanah kepada orang Cina yang kaya raya oleh Pas, bukan ‘rasuah’. Itu adalah ‘bisnes’ atau ‘saguhati’ atau ‘hadiah’. Ini rakyat kena faham betul-betul. Pas, sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tak main ‘rasuah’. Umno, sebuah parti Melayu, yang kuat main ‘rasuah’.

Kalau ada kes-kes penyelewengan seperti berlaku ke atas pegawai khas kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini, DAP menyatakan, itu bukan penyelewengan. Selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah, pegawai khas itu tidak boleh dianggap melakukan kesalahan, walaupun sudah terbukit ketika ditangkap oleh SPRM, pegawai itu sedang merasuah.

Begitulah Pas, DAP dan PKR. Apa saja yang mereka lakukan, walaupun ada bukti, mereka tetap mahu menegak benang basah. Mereka tetap mahu mempertahankan diri mendakwa mereka tidak bersalah dan mereka tidak melakukannya.

Pembangkang tidak pernah menghormati undang-undang. Mereka boleh melanggar undang-undang bila-bila masa dan sewenang-wenangnya, tanpa sedikit pun rasa takut kepada rakyat yang melihat dan memerhati.Ngeh-Koo-Ham-dan-Nga-Kor-Ming

Mereka tahu, kalau mereka memberi atau menerima rasuah sekali pun, mereka yakin rakyat tidak akan percaya dengan apa yang mereka lakukan. Sebab mereka tahu, rakyat yang menyokong pembangkang adalah rakyat yang mudah diperbodohkan.

“Apa aku kisah kalau aku lakukan penyelewengan. Kalau Umno jadikannya isu, aku menafikannya atau aku buat kenyataan balas mendakwa Umno iri hati dengan pencapaian pembangkang, atau ini mainan Umno nak menjatuhkan pembangkang”.

“Rakyat yang menyokong pembangkang mesti akan terima jawapan ini. Akhirnya Umno dan BN yang akan terima tempiasnya. Sokongan rakyat terhadap pembangkang tidak akan berkurangan”.

Kita tengok saja dalam kes pemberian tanah yang luas kepada dua pemimpin Cina DAP dari Perak. Ada Pas kisah dengan desakan rakyat? Mereka langsung tak kisah. Malah, Pas Kelantan tetap mempertahankan tindakannya memberi tanah seluas 4,000 hektar itu kepada Nga dan Ngeh.

Maka terngangga dan tersenggehlah Nga dan Ngeh dengan isu ini. Mereka langsung rasa tidak bersalah dengan pemberian tanah ribuan hektar itu. Semakin isu ini dibangkitkan, semakin banyak keuntungan yang mereka kaut hasil jualan balak bumi Kelantan.

Rakyat miskin siang malam tidak dapat tidur apabila semakin banyak tanah milik mereka dirampas dan diberikan kepada Cina DAP, kedua-dua pemimpin ini tetap dapat tidur lena, mandi basah, makan kenyang dan bersuka ria dengan kekayaan diperolehinya.

Apa mereka nak kisah dengan pemberontakan rakyat Kelantan? Mereka tahu, rakyat Kelantan bukan rakyat yang cerdik dan berpendidikan. Lagipun, apa mereka nak risau sangat dengan kes ini? Pas Kelantan kan ada. Mereka pertahankanlah pemberian rasuah itu.

Mereka tahu, selama mana rakyat Kelantan nak protes, nak bantah. Bila rakyat dah rasa penat dan menganggap tindakan mereka berarak atau berhimpun itu satu kerugian, mereka berhentilah. Yang penting balak dapat diambil, dijual dan wang jutaan ringgit masuk ke poket mereka setiap bulan.

Nik Amar dah kata, jika berlaku ketirisan dan salah laku, dia sarankan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati mengenai isu itu segeralah laporkan kepada SPRM .

“Urusan kita sah mengikut undang-undang dan kita mempunyai maklumat dan rekod untuk membuktikan kebenaran kita. Kami sentiasa buka pintu untuk SPRM menyiasat mengenainya dan ia tidak menjadi masalah,” katanya dalam ceramah menjawab “Isu Fitnah UMNO” di Kelantan Trade Centre ( KTC ) di Kota Bharu.

Lagipun, Nik Amar dah kata, urusan ‘bisnes’ itu antara Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd dari Perak dan secara kebetulan pula Nga dan Ngeh ada dalam syarikat itu. Ia secara ‘kebetulan’ saja.

nik aziz ngehPas memang parti yang bertuah dan sentiasa mendapat ‘rahmat’ Allah. Pemberian rasuahnya kepada mana-mana syarikat, kalau ada pemimpin pembangkang sebagai pemegang saham terbanyaknya dalam syarikat berkenaan, ia adalah ‘secara kebetulan’.

“Kita tak tahu pun dalam syarikat itu ada pemimpin pembangkang sebagai pemegang saham. Bila sudah beri, baru kita tahu syarikat itu milik pemimpin pembangkang. Tak sangka sikit abuk. Ia kebetulan sungguh”.

Pas beranggapan rakyat Kelantan tidak tahu berbisnes sebab itu kerajaan Pas tidak berurusan dengan rakyat. Takut ‘rugi’ kalau berniaga dengan rakyat. Takut nanti tanah rizab kerajaan negeri jatuh kepada rakyat. Lebih baik beri pajakan selama 100 tahun kepada orang Cina yang kaya.

Sekurang-kurangnya, kalau berlaku huru hara, Cina selamat kerana sudah ada tanah untuk didiami, manakala Melayu akan menjadi kerang busuk atau pokok tumpang.

Tags: , , ,

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: