Mufti Bantah Kenyataan Hadi

mufti_pahangSHAH ALAM – Beberapa mufti membantah dan tidak bersetuju kalimah ALLAH digunakan orang bukan Islam, termasuk dalam Bible versi Melayu seperti yang dipersetujui Majlis Pakatan Rakyat (PR) ‘bahawa penggunaan kalimah ALLAH wajar diberikan untuk semua agama dengan syarat kalimah itu tidak disalahgunakan’.

Malah mereka juga tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa ‘Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran’.

Menurut mereka, ini kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan di mana agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan kalimah itu adalah hak eksklusif umat Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Melayu dilihat sebagai satu dakyah atau dakwah bukan Islam agar mempengaruhi umat Islam dengan ajaran Kristian.

“Sebelum ini, Majlis Fatwa Pahang telah menentang kalimah ALLAH ditukarkan dalam Bible kerana ia tidak digunakan penganut Kristian namun perkara ini sengaja dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lepas.

“Perkara ini sudah termaktub dalam Fatwa Kebangsaan, pemerintah dan sultan berhak untuk menghalang pihak tertentu untuk menyebarkan ajaran mereka kepada umat Islam,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, penggunaan kalimah ALLAH dilihat sebagai perkara baru di negara ini, terutamanya Semenanjung Malaysia berbanding negara Arab, ia merupakan bahasa mereka dan tertulis di dalam al-Quran mengenai perkara tersebut.

Katanya, bagi umat Islam Tuhan hanya satu iaitu ALLAH (SWT) yang menciptakan alam dan seluruh kejadian di dunia ini, tiada sekutu atau menyerupai makhluk lain.

“Namun, (penganut) Kristian menyebut ALLAH sebagai Tuhan tetapi mempunyai pelbagai bentuk serta beranak pinak (ayah, ibu dan anak).

“Bukan Islam (Kristian), tuhan mereka adalah ALLAH dan perkataan yang diterjemahkan pada dasarnya mereka tidak menyebut ALLAH tetapi God (Tuhan),” katanya.

Beliau berkata, Bible yang dicetak dalam Bahasa Melayu dengan menukarkan God kepada kalimah ALLAH dibuat dengan agenda tertentu supaya anak muda terkeliru dan dipengaruhi bahawa al-Quran dan Bible, tiada perbezaan.

Abdul Rahman menjelaskan bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu Seksyen 163. Fatwa dan Seksyen 169, penghinaan terhadap pihak berkuasa agama akan diguna pakai sekiranya terdapat pihak tertentu cuba menyebarkan ajaran lain selain Islam kepada umat Islam.

Sementara itu Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, penganut Kristian tidak boleh mengguna Kalimah ALLAH, kerana ia hanya untuk orang Islam sahaja.

Katanya, merujuk makna ALLAH sendiri bermaksud Esa iaitu tunggal berbanding ajaran Kristian bahawa Tuhan mereka adalah triniti seperti ayah, ibu dan anak Tuhan.

“Jika perkataan God ditukar menjadi ALLAH, menunjukkan ALLAH terdapat dalam pelbagai bentuk bagi Kristian, sedangkan Tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu, ALLAH.

“Ia dianggap salah dari segi akidah. Malah sejarah penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible tidak pernah berlaku,” katanya.

Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan 40 perkataan yang dilarang sama sekali bukan Islam untuk menggunakannya, termasuk kalimah ALLAH.

Beliau berkata, perbuatan tersebut akan dikenakan tindakan undang-andang oleh Jabatan Penguat kuasa Negeri bagi menentang penggunaan perkataan itu selain dari orang Islam.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Menurutnya, sidang Dun Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: