Perbadanan Ladang Rakyat Nafi Rampas Tanah

imageGUA MUSANG – Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) menafikan perbadanan itu merampas tanah diusahakan Orang Asli di kawasan Pos Belatim dan Dakoh bagi pembukaan ladang sawit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazmi Ghazali Azmi berkata, tanah dimajukan itu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri membabitkan keluasan 2,337 hektar, iaitu seluas 675 hektar di Pos Belatim, manakala Dakoh, 1,662 hektar.

“Mengikut kelulusan awal, Kerajaan Negeri meluluskan tanah di kedua-dua kawasan membabitkan keluasan 3,192 hektar, tetapi kita tinggalkan rizab untuk kaum itu seluas 472 hektar di Pos Belatim dan 383 hektar di Pos Dakoh.

“Kita tidak majukan semua tanah diluluskan kerajaan kepada PPLRNK, kerana kita mengambil kira kepentingan penduduk Orang Asli di sekitarnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Anak-anak Orang Asli di Kampung Lambok, dekat sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pegawai Pengurusan dan Perhubungan Korporat PPLRNK, Nor Atekah Ismail dan penyampaian bantuan berkenaan disampaikan Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdullah Husin.

Nazmi Ghazali berkata, kerja membuat sempadan tanah di pos terbabit sebelum pembukaan ladang sawit juga dibuat dengan teliti dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang.

“Dakwaan penduduk Orang Asli itu tidak benar. Malah kita berhenti menjalankan segala kerja di kawasan terbabit selepas sekumpulan kaum itu membawa isu berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu sejak Jun tahun 2011.

“Kes berkenaan masih dalam proses dan kita tidak berbuat apa-apa di kawasan tanah berkenaan sehingga keputusan dibuat Mahkamah itu nanti,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: