Soal Agama Perlu Ikut Fatwa

imageKOTA BHARU – Hal ehwal agama perlu dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah ditubuhkan di negara ini dan bukannya berpandukan orang lain yang hanya berlatar belakangkan politik semata-mata.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, dalam hal ini, hanya Majlis Fatwa sahaja yang berhak menentukan penggunaan kalimah ALLAH yang kini semakin hangat diperkatakan oleh setiap golongan masyarakat di sini.

“Kita mesti rujuk isu ini kepada Majlis Fatwa, kerana ini hal agama, maka hanya mufti sahaja yang boleh beri keputusan, bukan orang lain,” katanya.

Beliau diminta mengulas isu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menuntut penggunaan nama Allah di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu di negara ini.

Menurutnya, jika persoalan penggunaan kalimah Allah ditanya kepada golongan berkepentingan dalam sesebuah parti, jawapan yang akan diberikan sedikit sebanyak akan mempengaruhi ke arah pendapat peribadi sahaja.

Beliau berkata, kerajaan perlu akur dengan keputusan mufti kerana mufti adalah satu pertubuhan yang dilantik di bawah majlis agama Islam.

“Kenapa isu ini perlu dinaikkan oleh Lim Guan Eng sedangkan dari pengalaman saya, tiada perkataan ‘Allah’ digunakan dalam kitab Bible, maka di sini kita dapat lihat bahawa agama kita, cuba dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Jika ia digunakan juga, maka, tiada beza antara agama kita dengan agama lain kerana ‘Allah’ dipakai oleh semua agama dan ini akan menimbulkan kecelaruan dan juga kebebasan beragama kepada generasi akan datang,” katanya.

Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan itu juga berkata, kebebasan menggunakan kalimah ‘ALLAH’ untuk agama lain tidak boleh diberikan di Malaysia kerana perkara tersebut boleh membuatkan penganut agama lain mengambil kesempatan dalam agama Islam dan dalam masa yang sama juga menyamai tarafkan kedudukan ‘ALLAH’ dan juga tuhan mereka.

“Kita wajib pertahankan agama kita, hak kita, bukannya untuk dipermainkan, selandas dengan kepelbagaian kaum dan bangsa di negara ini, maka setiap pihak mesti bertanggungjawab untuk menjaga agama masing-masing,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: