Tujuh Kali Mencuri, Buruh Dijel 5 Tahun, 3 Sebatan

imageKOTA BHARU – Padah tidak serik, seorang buruh dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri bagi kali ketujuh.

Tidak cukup dengan itu Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly turut mengenakan tiga kali sebatan rotan terhadap Rasyidi Mohd Zakaria, 36.

Tertuduh dari Kampung Jaya, Kemaman Terengganu itu mengaku bersalah mencuri beg tangan mengandungi wang tunai RM1,200, seutas gelang tangan emas yang keseluruhannya bernilai RM3,200 milik Harisa Ariffin, 30.

Kesalahan dilakukan di sebuah kedai makan Kampung Landak di sini pada jam 3.15 petang, 14 November tahun lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh ke kaunter untuk membuat bayaran dan pada masa sama pengadu ada menoleh ke belakang namun apabila dia menoleh semula ke hadapan, mangsa mendapati beg yang diletakkan di dalam laci, hilang bersama tertuduh.

Tertuduh kemudian ditahan selepas pengadu mengecamnya sebagai pelanggan terakhir berada di kedai terbabit sebelum kejadian.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon hukuman yang dapat memberi keinsafan kepada tertuduh.

“Masuk kes kali ini, tertuduh sudah tujuh lagi terbabit dengan jenayah sama. Kesalahan kali ini membuktikan tertuduh belum mendapat pengajaran daripada hukuman terhadap enam jenayah curi sebelum ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: