12,000 Berhimpun Secara Aman

dn_11.1PADANG TERAP – Bantahan terhadap penerokaan balak di kawasan tadahan air sampai kemuncaknya apabila lebih 12,000 penduduk di negeri ini dan luar berhimpun secara aman di Charok Batang Padi dekat sini hari ini sebagai memprotes tindakan kerajaan Pas Kedah itu.

Kumpulan tersebut yang menaiki 238 bas dari seluruh negeri ini termasuk luar seperti Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor berhimpun selama tiga jam di kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 3 petang.

Peserta turut membawa pelbagai sepanduk antaranya tertera tulisan Pembalakan Tanpa Kawalan Kerajaan Negeri Akibatkan Hakisan, Pertanian Di Kawasan Takungan Akibat Rakyat Minum Air Racun Dan Baja dan Kawasan Tasik Pedu Untuk Tadahan Hujan, Bukan Untuk Pembalakan yang menjelaskan kebimbangan mereka terhadap aktiviti penerokaan hutan tersebut.

Pengerusi Gerakan Protes Aman Pembalakan Tasik Pedu, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, perhimpunan tersebut mencapai matlamat apabila mendapat sambutan dalam kalangan penduduk negeri ini dan luar yang ingin meninjau sendiri kerakusan kerajaan negeri menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan itu.

“Kita menjangkakan hanya 5,000 hingga 6,000 sahaja yang akan turut serta tetapi ternyata banyak dalam kalangan penduduk datang ingin mendapat kepastian tentang isu pembalakan berleluasa di kawasan ini.

“Itu tujuan kita membawa penduduk ke sini supaya mereka lihat apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah itu tentang hakikatnya pembalakan turut dijalankan di puncak kawasan berhampiran tadahan air di Tasik Pedu ini,”katanya kepada pemberita selepas perhimpunan tersebut.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Malaysia, Datuk Ibrahim Ali.

Utusan Malaysia menerusi siri laporan khas sebelum ini mendedahkan Kedah kini berdepan ancaman bencana alam khususnya banjir lumpur dalam skala besar ekoran pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air sekali gus mengundang reaksi bantahan daripada pelbagai pihak.

Kerajaan Pas Kedah juga dilaporkan menjalankan aktiviti penerokaan hutan di Gunung Inas, Baling untuk memajukan 5,000 hektar tanah bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera manakala kira-kira 350 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu diteroka bagi tujuan projek agro pelancong.

Tambah Mohd. Yusof lagi, perhimpunan yang disifatkan sebagai raksasa itu turut disertai oleh lebih 1,000 penduduk dalam kalangan masyarakat Siam, Cina dan India.

“Kita percaya anggota masyarakat membantah tindakan kerajaan negeri ini. Keseluruhan hutan ini adalah hak kita dan kawasan tadahan ini adalah anugerah daripada Allah, kita patut bersyukur kerana kita ada kawasan tadahan yang sebelum kerajaan Pas mentadbir tidak pernah disentuh.

“Tetapi kini mereka rakus menerokainya hutan yang menjadi aset untuk anak cucu kita,” katanya.

Katanya, selain berhimpun secara aman penduduk yang menyertai perhimpunan tersebut berpeluang sendiri meninjau kawasan hutan yang digondolkan atas alasan untuk melaksanakan projek ladang buah-buahan.- Utusan Malaysia

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: