imageKOTA BHARU-Jeritan seorang warga emas, dari dalam rumah selepas ternampak api dari bahagian dapur, menyelamatkan dirinya dari kebakaran selepas jiran sebelah rumahnya, bertindak menyelamatkan wanita itu dalam kejadian di Kampung Paloh, Pintu Geng di sini semalam

Kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah sementara itu menyebabkan kesemua kediaman berkenaan musnah sekelip mata.

Warga emas terbabit, Asmah Yusof, 64 berkata ketika kejadian dia sedang menyediakan kuih muih untuk jualan sebelum ternampak api bermula dari bahagian dapur rumahnya.

“Tidak sampai setengah jam mengukus kuih di dapur, saya nampak api nyala dari atas lantai tempat anak saya yang mengambil upah melakukan kerja-kerja mencanting batik.

“Ketika kejadian, saya tidak menyedari anak saya tiada di rumah kerana  dia singgah di rumah rakannya, mujurlah jiran cepat bertindak selepas mendengar saya menjerit. Jika tidak saya tidak tahulah bagaimana nasib saya,” katanya kepada pemberita ketika di ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu menurut jiran warga emas berkenaan, Marfadli Mohd Razali 31, dia bertindak menyelamatkan jirannya itu selepas mendengar jeritannya.

“Saya tidak berfikir panjang pada ketika itu dan terus bergegas ke rumahnya, dan menyelamatkan mangsa.

“Selepas itu saya suruh anak-anak, adik dan keluarga keluar dari rumah dan selamatkan diri disebabkan api semakin marak,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jabatan Bomba Darul Naim, Zainal Fitri Husain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.21 petang dan tiba jam 5.25 petang.

“Dengan lima jentera, iaitu sebuah dari balai Darul Naim, tiga balai Kota Bharu dan sebuah dari Tunjung dan kekuatan 27 anggota kita berjaya mengawal api dalam masa 20 minit.

“Setakat ini punca kejadian dan kerugian akibat kebakaran terbabit masih dalam siasatan,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: