BN Kelantan Buka Bilik Gerakan PRU13 Bulan Depan

b668a85357d6a07273a4ac954bec3eeb_1KOTA BHARU –  Barisan Nasional (BN) Kelantan akan membuka 541 bilik gerakan pilihan raya di negeri ini bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, selaras dengan pembukaan bilik gerakan itu, 2,000 Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan melaksanakan gerak jentera pilihan raya dengan lebih agresif.

“BN Kelantan sudah bersiap sedia. Gerak kerja dan perang saraf akan ditingkatkan demi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan sempurna.

“Semangat jentera pilihan raya BN kini di tahap yang sangat tinggi terutama di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata, penduduk di beberapa tempat yang dahulunya sukar ditembusi BN, semakin menerima BN dan memberi sambutan baik terhadap semua program yang dianjurkannya.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meminta pihak-pihak tertentu yang cuba mencemarkan imej parti supaya menghentikan perbuatan itu.

Mustapa yakin semua anggota parti akan menerima calon BN yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan.

“Mood rakyat Kelantan semakin hari semakin baik dan ini petunjuk meyakinkan kita mereka telah menerima kita kembali,” katanya yang juga Pengerusi Umno Kelantan. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: