Enam Tahun Jadi Mat Belon

imageMACHANG – Sikap bersahaja dan kepetahannya berbicara menjadi kelebihan Mat Belon dalam menarik pelanggan terutama golongan kanak-kanak, di sini.

Berbekalkan belon dikenali ‘belon badut’ dan pam angin, kelibat Mohd Safwan Arifin, 24, sering kelihatan di pasar minggu, pasar malam dan majlis keramaian di serata negeri ini.

Mohd Safwan berkata, sikap yang suka berniaga mendorongnya mengusahakan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan sejak enam tahun lalu.

Katanya, dia buntu mencari pekerjaan selepas berhenti kerja sebagai penjual buku lebih enam tahun lalu dan bertekad mengusahakan perniagaan tersebut biarpun ada yang memandang rendah.

“Keluarga menyuruh saya menyambung pengajian, namun semuanya separuh jalan. Saya memilih berniaga belon sepenuh masa sehingga saya kembali ke kelas semula tahun lalu dalam bidang dakwah.

“Saya harap dapat menghabiskan pengajian ini dan menggenggam diploma, namun pada masa sama, saya masih meneruskan perniagaan saya pada waktu petang dan malam,” kata anak kelahiran Wakaf Bharu ini.

Mohd Safwan berkata, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui sepanjang bergelar Mat Belon sejak enam tahun lalu, termasuklah dihalau ketika menjalankan perniagaan.

Namun, katanya, dia tidak mudah putus asa sebaliknya berusaha mempelbagaikan reka bentuk belon bagi menarik lebih ramai pelanggan pada masa akan datang.

“Pernah saya minta belajar buat rama-rama belon dari seorang rakan, namun dia tidak mahu berkongsi sehingga seorang lelaki India datang kepada saya ketika sedang berniaga.

“Dia tanya, sama ada saya tahu buat rama-rama atau tidak, dan apabila saya kata tidak, dia terus ajar saya. Pada hari itu saya bagi belon rama-rama secara percuma kepada pelanggan dengan harapan saya cepat mempelajari teknik baru itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Safwan berkata, perniagaan itu mampu memberi pulangan lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan harga yang dikenakan berbeza bagi setiap reka bentuk.

Katanya, selain mengenakan bayaran, dia juga turut mengagihkan belon secara percuma kepada kanak-kanak dalam usaha menggembirakan hati mereka.

“Saya sukakan kanak-kanak dan bercadang mengusahakan tadika pada masa akan datang apabila mempunyai modal mencukupi,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: