Lega Dapat Rumah Rakit Baru

imageKUALA KRAI – BOT penambang menjadi nadi perhubungan utama bagi penduduk beberapa kampung di Mukim Pasir Kelang seberang Sungai Kelantan, dekat sini, untuk berulang alik bagi urusan seharian.

Kepentingannya dapat dilihat apabila ada dua pangkalan bot penambang untuk kemudahan penduduk mukim itu iaitu bertentangan dengan Kampung Kuala Nal dan satu lagi di Kampung Pasir Era.

Penduduk bagaimana pun berdepan masalah apabila rumah rakit dijadikan pangkalan bot penambang terutama di Kampung Kuala Nal sudah usang dan boleh mengundang bahaya kepada penumpang terutama ketika banjir.

Namun, kebimbangan penduduk kini berakhir apabila masalah mereka mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman yang menyumbangkan dua rumah rakit baharu.

Bergerak ikut paras air

PENGURUS pangkalan bot Kuala Nal-Pasir Era, Abdullah Mat Ali berkata, walaupun lebih kecil, rumah rakit baharu itu memberi kemudahan lebih baik kepada penduduk kerana dapat digunakan ketika banjir.

“Dengan saiznya yang lebih kecil, rumah rakit baharu ini dapat sampai rapat ke tebing bila banjir kerana ia boleh bergerak mengikut paras air sungai.

“Rumah rakit lama lebih besar tetapi tak boleh rapat ke tebing, jadi khidmat bot penambang biasanya dihentikan bila air sungai naik sebab penduduk sukar nak naik bot,” katanya, semalam.

Menurutnya, satu daripada rumah rakit baharu iaitu di sebelah Pasir Kelang sudah mula digunakan manakala rumah rakit di sebelah Kuala Nal dijangka digunakan mulai minggu ini.

Ubah suai jadi setor, tempat rehat pemandu

DITANYA tentang rumah rakit lama, Abdullah berkata, satu daripadanya akan dijadikan setor untuk kegunaan penumpang manakala sebuah lagi akan diubah suai sebagai tempat tinggal untuk pemandu bot penambang.

“Setor ini nanti boleh digunakan penduduk untuk simpan motosikal atau barang lain jika perlu. Rumah rakit untuk pemandu pula, dia boleh guna untuk simpan barang seperti minyak bot dan berehat sementara tunggu penumpang,” katanya.

Menurutnya, rumah rakit khas untuk pemandu di tepi sungai itu penting bagi memudahkan penduduk apabila berdepan kecemasan dan perlu menggunakan kemudahan bot pada waktu malam.

“Kita hentikan operasi pada jam 10 malam tetapi pemandu ada di pangkalan dan bot akan berjalan jika ada keperluan seperti kecemasan atau pada musim perayaan dan pilihan raya,” katanya.

Mohon turap tempat letak motosikal

BERSYUKUR dan berterima kasih kepada Abdul Latiff atas sumbangan rumah rakit, Abdullah berkata, dia kini bercadang untuk mohon bantuan naik taraf tempat letak motosikal berhampiran pangkalan di sebelah Pasir Kelang.

“Tempat letak motosikal sekarang becak teruk setiap kali hujan atau selepas banjir hingga penduduk terpaksa letak motosikal di atas tebing dan berisiko dicuri kerana jauh dari pandangan pemandu.

“Kalau dapat diturap dengan simen, penduduk dapat letak motosikal di kawasan ini walaupun musim hujan dan senang untuk kita bersihkan jika berlumpur selepas banjir,” katanya.

Menurutnya, selepas permohonan untuk rumah rakit itu diluluskan Abdul Latiff dalam masa tiga hari, dia percaya Adun Mengkebang itu akan terus prihatin dengan keperluan penumpang bot penambang di pangkalan berkenaan. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: