Peniaga Pantai Irama Berjaga-Jaga, Elak Ribut

imagePANTAI IRAMA – Walaupun amaran ribut tropika Sunamo sudah ditarik kelmarin, keadaan di pesisir Pantai Irama tidak banyak berubah.

Tinjauan Sinar Harian mendapati masih ramai peniaga gerai makanan tidak beroperasi berikutan lokasi mereka terlalu hampir dengan pantai.

Cuti sehari

Seorang peniaga gerai makan, Nor Hashida Ismail Khan, 28, berkata, kelmarin dia tidak berniaga berikutan amaran dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyatakan ribut Sonamu dijangka melanda sekitar 7 hingga 9 Januari.

“Kelmarin saya tidak berniaga, dan bila lihat cuaca pagi tadi panas, saya ambil keputusan buka kedai seperti biasa.

“Tetapi masih banyak kedai tidak beroperasi di deretan bangunan ini sejak minggu lalu kerana bimbang ribut melanda. Saya berdoa agar musibah ini tidak akan melanda kawasan kami,” katanya yang sudah empat tahun berniaga di situ.

Dia berkata, ibu saudaranya, Rosnani Yusof yang berniaga bersebelahan gerainya juga tidak berniaga sejak beberapa hari lalu.

Pendapatan berkurangan

Seorang peniaga makanan ringan, Shamsuriani Roni, 46, berkata, dia menyimpan semua barang kedainya kelmarin, persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya beranikan diri berniaga hari ini selepas bercuti semalam. Cuaca pagi tadi agak baik dan harapnya tidak hujan sehingga petang.

“Sejak minggu lalu pendapatan saya berkurangan hampir separuh dari kebiasaan kerana orang ramai masih dinasihati menjauhi kawasan ini.

“Bergantung kepada keadaan, kalau hujan mungkin saya tutup kedai lebih awal,” katanya yang berniaga dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Tutup gerai awal

Seorang lagi peniaga yang beroperasi di gerai menghadap laut China Selatan, Julie Ahmad, 40, berkata, dia terpaksa menutup gerainya lebih awal apabila hujan pada tengah hari semalam.

“Mulanya saya ingin berniaga hingga ke petang, tetapi hujan tidak menentu dengan angin agak kuat membuatkan saya risau.

“Tadi ada anggota bomba datang meronda dan mereka mengingatkan kami agar berhati-hati. Kami tiada lot bangunan kedai dan hanya membuka payung untuk berniaga, justeru keadaan ini tidak sesuai untuk kami beroperasi buat masa ini,” katanya.

Dia berkata, dua lot deretan kedai lain sudah seminggu tidak beroperasi sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan tahun lalu kebanyakan kedai tersebut dilanda ribut.

Pokok ditebang

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati kerja-kerja menebang pokok giat dijalankan oleh sub kontraktor atas arahan pihak berkuasa tempatan.

Sub kontraktor terbabit, Husaimi Mohd Nor, 35, berkata, sejak beberapa minggu lalu, dia bersama tiga rakannya ditugaskan untuk menebang pokok yang berisiko tumbang.

“Kebanyakannya peniaga di sini membuat permintaan agar pokok berdekatan premis mereka ditebang untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Setakat ini 15 batang pokok berisiko sudah ditebang di sekitar pekan Bachok, termasuk berdekatan masjid dan Pantai Irama,” katanya kepada . -Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: