Ibu Tunggal Buta Bersama Empat Anak Dibantu

imageKOTA BHARU – Kunjungan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) seakan-akan memberikan sinar baru kepada seorang ibu tunggal Norlida Mat, 36, bersama empat anaknya di menetap di sebuah rumah usang di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Dalam kunjungan tersebut, pihak Maik yang diwakili oleh Ketua Pegawai Baitulmal dan Pembangunannya, Nik Mohamed Noor Nik Ishak menyampaikan bantuan kecemasan berjumlah RM2,000 kepada keluarga berkenaan.

Ibu tunggal berkenaan yang cacat penglihatan selepas melahirkan anak bongsunya enam tahun lalu hanya bergantung harap kepada bantuan bulanan RM150 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membesarkan empat orang anaknya yang masih bersekolah.

Nik Mohammad Noor berkata, bantuan tersebut bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan selaras dengan kehendak Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra yang juga Yang Dipertua Maik supaya majlis tersebut sentiasa membantu golongan tidak bernasib baik.

“Pihak kami bersimpati dengan nasib yang dialami tiga keluarga ini. Harapan kami agar bantuan kecemasan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.

“Selain itu, pihak kami akan cuba untuk membantu keluarga ini sebaik mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati hidup yang lebih selesa,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Norlida meluah rasa terharu dan berterima kasih kepada pihak Maik atas sumbangan yang diberikan itu.

“Sumbangan ini amat besar bagi saya dan keluarga, dengan wang tersebut dapatlah saya gunakan untuk membiayai persekolahan anak-anak dan memberi barangan keperluan harian,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: