Jalan Kampung Wek Runtuh Lagi

imageMACHANG – Runtuh lagi. Penduduk Kampung Wek, Cherodok di sini terpaksa bergotong-royong mencuci dan membaiki jalan alternatif, apabila laluan utama mereka ke Machang terputus akibat banjir baru-baru ini.

Penduduk terpaksa menggunakan laluan melalui Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah 2 dekat sini, untuk berulang alik ke tempat kerja dan melakukan aktiviti harian mereka akibat masalah itu.

Seorang penduduk, Mustapa Musa berkata, kerjasama pihak yang berkaitan mengambil tindakan segera bagi membaiki jalan tersebut sekali gus menyelesaikan masalah orang ramai itu dialu-alukan.

Katanya, jalan itu rosak teruk setiap kali musim tengkujuh sejak dua tahun lalu, dipercayai berpunca daripada masalah perparitan yang tidak mampu menampung jumlah air pada musim hujan.

“Saya berharap, masalah penduduk di sini mendapat perhatian yang sewajarnya, memandangkan ini adalah jalan utama kami sejak berpuluh tahun dahulu.

“Setiap kali hujan lebat, air deras akan menghakis jalan dan akhirnya runtuh.

“Kami sendiri buntu dengan masalah ini, dan mengharapkan kerjasama pihak berwajib mengatasinya.

“Bukan hanya jalan yang terhakis, tetapi kebun penduduk yang terletak bersebelahan sungai kecil ini juga turut dihakis air deras setiap kali musim tengkujuh,” katanya.

Seorang penduduk, Hashim Seman berkata, pihaknya mencadangkan agar jambatan dibina bagi menggantikan pembetung air sedia ada.

Katanya, pembetung air yang dipasang di kawasan itu terlalu kecil dan tidak memadai bagi menampung jumlah air ketika hujan lebat terutamanya pada musim tengkujuh.

“Saya percaya pihak yang berwajib mempunyai kaedah yang terbaik bagi membantu menyelesaikan masalah kami ini.

“Selain penduduk, jalan tersebut turut menjadi perhubungan utama petani-petani yang mengusahakan pertanian di kawasan kampung itu,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: