‘Kembalikan Tapak Kami’

imageRANTAU PANJANG – Pengasingan tapak pasar malam di Jalan Musran, Shapadu, di sini, didakwa tidak adil kerana dilakukan tanpa undian dan perbincangan sebelum diarahkan berpindah.

Peniaga turut mendakwa, pemindahan tapak dari kaki lima Jalan Musran ke kawasan letak kenderaan bersebelahan lorong berkenaan juga menjejaskan pendapatan mereka terutama yang mendapat lot terletak di bahagian belakang.

Perniagaan pasar malam yang beroperasi setiap Jumaat itu menjadi tumpuan ramai memandangkan lokasinya strategik serta menjual pelbagai barang keperluan.

Bagaimanapun, peniaga mendakwa, hanya peniaga tertentu sahaja menikmati hasil lumayan manakala selebihnya hanya mampu menggigit jari.

Peniaga herba, Jure Latif Mustafa, 41, mendakwa, sejak berpindah, pendapatannya terjejas.

Sebelum ini dia mampu memperoleh sekitar RM500 hingga RM600, namun kelmarin (sehingga jam 8 malam), tiada pendapatan  diperolehnya.

“Situasi ini dialami selepas saya dipindahkan dari lot asal ke lot baru di bahagian belakang dan agak tertutup dan ini sangat merugikan perniagaan yang saya ceburi sejak bertahun-tahun lamanya.

“Menyedihkan apabila musim hujan, lot terbabit dan beberapa lot lain becak hingga menyebabkan pelanggan enggan berkunjung ke gerai kami,” katanya.

Pindah semula ke tapak lama

Bermula Februari depan, jika keadaan masih tidak berubah, Jure Latif bersama lebih 50 peniaga yang ditempatkan di tapak baru pasar itu tidak akan teragak-agak untuk berpindah ke tapak lama.

“Tidak pernah wujud dalam negara ini pasar malam ada dua tempat dalam satu masa, saya minta Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pentadbiran kampung meneliti semula nasib peniaga-peniaga di sini.

“Kami mahu hak kami mencari rezeki dikembalikan, kerana inilah punca pendapatan kami untuk menyara keluarga,” katanya.

Masalah sesak tak selesai

Sementara itu, peniaga barangan lelong, Norita Norbit, 45, mendakwa, mereka dipaksa berpindah sejak 7 Disember tahun lalu atas alasan operasi pasar malam itu dikatakan punca kesesakan lalu lintas.

Dia yang sudah 15 tahun berniaga mendakwa, pihaknya menerima surat arahan berkenaan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rantau Panjang.

“Bagaimanapun, saya lihat pemindahan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, malah lebih teruk. Dalam tempoh ini saja sudah dua kali berlaku kemalangan yang sebelum tidak pernah terjadi di sini.

“Jualan pula ‘jatuh’ mendadak. Jika dulu boleh dapat RM1,000, sekarang RM100 pun susah sangat nak dapat,” katanya.

Norita turut menyarankan supaya pihak terlibat tidak mengganggu pasar malam yang membangun tetapi adalah lebih baik sekiranya dinaik taraf.

“Kalau boleh kami nak berniaga semula di tempat lama dan berniaga di satu tempat sahaja. Minta MPK turun padang dan pantau masalah kami dan fikirkan jalan terbaik untuk satukan pasar malam ini.

Tapak baru tidak sesuai

Sementara itu, peniaga makanan, Hamidah Kassim, 50, mendakwa, susun atur gerai di tapak pasar baru tidak teratur memandangkan tiada perbincangan dengan peniaga.

“Saya berniaga makanan tetapi depan kedai saya ada jual ikan, air ikan tersebut mengalir ke gerai saya sehingga menyebabkan bau kurang menyenangkan yang membuatkan pelanggan tidak selesa untuk singgah di gerai saya.

“Tidak sesuai gerai makanan yang dimasak ditempatkan dengan bahan mentah seperti ikan dan daging. Kami memang tidak puas hati kerana memang susah nak stabil jualan di tapak baru,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan, keadaan tapak pasar malam baru tidak kondusif kerana apabila hujan air akan bertakung dan menyebabkan lecak.

Sewaktu tinjauan ini dilakukan Sinar Harian terserempak dengan ahli JKKK berdasarkan baju dipakainya, bagaimanapun mereka enggan mengulas lanjut permasalahan itu.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: