Majlis Syura PAS Tolak Kalimah Dalam Bible Melayu

haron nik azizKUALA LUMPUR : Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sayap tertinggi dalam parti berkenaan yang dianggotai 15 ahli, berpendapat menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata, sekali gus perlu dicegah.

Ketetapan itu yang turut melarang kalimah Allah diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, diputuskan pada mesyuarat di Ibu Pejabat PAS, di sini yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Datuk Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan” Kenyataan Majlis Syura PAS
Dalam kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat hampir dua jam berakhir 11 malam itu, Nik Aziz dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, berkata kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah.

Nik Aziz turut sokong

“Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan,” kata kenyataan berkenaan.

Mesyuarat terbabit dipercayai diadakan berikutan perbezaan pendapat antara pemimpin PAS dalam isu berkenaan. Pada 2010, PAS bersetuju bahawa Islam tidak melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dengan syarat ia tidak disalah guna.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Krismas, Disember lalu, mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu. Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Timbalannya, Mohamad Sabu sebelum ini dilapor menyokong perkara berkenaan dengan syarat tertentu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersama Haron dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara ahli Majlis Syura yang menyatakan pendirian mereka secara terbuka menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam.

Sementara itu, mesyuarat berkenaan juga bersetuju mendesak kerajaan membenarkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang memperjelaskan isu amanatnya, sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.- Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: