Miliki Syabu, Penjual Kereta Didenda RM10,000

imageKOTA BHARU- Gara-gara memiliki dadah jenis syabu seberat 15 gram, Rabu lalu, seorang penjual kereta didenda RM10,000 selepas tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Wan Mohd Izzrin Wan Muda, 25, dari Kubang Kerian didakwa memiliki dadah itu di sebuah restoran di Jalan Bayam kira-kira jam 6 petang pada 9 Januari lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebat tidak kurang tiga kali dan tidak lebih sembilan kali.

Dia yang hadir tanpa melantik peguam itu merayu mahkamah mengenakan hukuman minimum, bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Majistret Mohd Ghazaly Ali Mohd Ghazaly menetapkan kes bersambung 7 April depan untuk laporan kimia.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: