Najib: Kekal BN Di Putrajaya, Rampas Selangor

imageKLANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat Selangor supaya mengubah kepimpinan kerajaan negeri Selangor kepada Barisan Nasional (BN) selain mengekalkannya sebagai kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Jangan ubah kerajaan Persekutuan, ubah kerajaan negeri (Selangor). Kita ubah (kerajaan) di Selangor, kekalkan BN di Putrajaya,” katanya semasa berucap pada Himpunan Rakyat Pesta Ponggal 2013 di Padang Cetti di sini, hari ini.

Beliau berkata jika pembangkang mengajak rakyat mengubah kerajaan, rakyat Selangor telah pun berbuat demikian dengan memilih kepimpinan pakatan pembangkang sebelum ini.

Namun, beliau meminta rakyat Selangor untuk menilai sama ada pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang itu benar-benar boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka termasuk masyarakat India di negeri ini.

Perkara itu ketara apabila kerajaan pakatan pembangikang gagal menyelesaikan banyak masalah di Selangor seperti bekalan air bersih dan kutipan sampah selain tidak mengotakan banyak janjinya dalam Manifesto Pilihan Raya 2008.

Beliau berkata antara janji yang tidak ditunaikan Kerajaan negeri Selangor ialah pemberian elaun kepada ibu tunggal.

“Pembangkang di Selangor kata nak buat macam-macam untuk Sekolah Tamil tapi ‘elek’ (tiada dalam Bahasa Tamil). Saya boleh sebutkan satu per satu Sekolah Tamil yang kita bantu,” katanya.

Selain Sekolah Tamil, Najib berkata kerajaan juga membantu badan bukan kerajaan (NGO) India seperti Sri Murugan Centre (SMC) meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan masyarakat India.

Perdana Menteri berkata sudah lebih empat tahun rakyat Selangor tertipu dengan janji manifesto pakatan pembangkang dan beliau melabelkan janji pembangkang sebagai “Janji Kampung Buah Pala” sempena sebuah kampung di Pulau Pinang, di mana kerajaan pembangkang gagal mengotakan janjinya untuk memastikan ia tidak diambil pemaju.

“Kita jangan kena tipu, kita boleh kena tipu sekali tetapi jangan berkali-kali. Jangan nak merendahkan intelek kaum India untuk berfikir,” katanya.

Najib berkata jika BN diberi mandat mentadbir negeri Selangor, kerajaan pimpinan BN akan memastikan negeri ini lebih hebat, maju dan berjaya.

Perdana Menteri juga berkata sepanjang empat tahun lepas, BN telah banyak membantu kaum India seperti bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil, skim mikro-kredit dan peningkatan kemasukan pelajar-pelajar India ke matrikulasi.

Walaupun pendekatan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat termasuk kaum India sudah berubah, Najib berkata beliau tidak boleh mengatakan masalah itu telah selesai.

“Ia bagaikan sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di mana rangka-rangkanya telah dibangunkan, cuma kerajaan memerlukan mandat dari rakyat bagi menyiapkan rumah itu sehingga tercapai Wawasan 2020 di mana Malaysia akan berstatus negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau memberi jaminan jika kekayaan negara meningkat, ia akan diagih-agihkan kepada rakyat.

Najib juga berkata menerusi program turun padangnya di Pasar Jawa di sini, beliau dapat menyaksikan usaha BN selama 55 tahun memerintah di mana setiap kaum berpeluang mencari rezeki dengan adanya sokongan kerajaan.

Dengan kaum India cenderung menceburi bidang profesional seperti doktor, peguam dan jurutera, beliau berharap golongan India kelas pertengahan akan turut maju selain kerajaan akan membantu pekerja-pekerja India di ladang-ladang.

“Sebab itu kerajaan melakukan transformasi dari aspek penyampaian, sosio dan politik. Dalam empat tahun lepas, Malaysia menjadi sebuah negara hebat daripada segi kemajuan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan memberi perhatian kepada semua kaum dan berusaha menunaikan janji-janjinya.

Berbanding pakatan pembangkang, beliau berkata BN menunaikan tanggungjawabnya dengan mengotakan janji yang boleh ditepati dan berusaha meningkatkan perbendaharaan negara untuk mendapatkan mandat rakyat.

Najib berkata BN juga memerlukan lebih masa untuk mencapai Wawasan 2020 selain sokongan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia dan ‘nambikei’ iaitu konsep saling percaya mempercayai dan yakin di antara satu sama lain yang diamalkan oleh kaum India.

Perdana Menteri juga berkata kehadirannya bersama-sama para pemimpin parti komponen BN pada perayaan Ponggal itu menunjukkan BN amat peka dan prihatin terhadap semua rakyat pelbagai kaum.

“Jika kita hadir majlis seperti Ponggal, kita akan lebih faham, kita akan rasa aspirasi, sensitiviti, setiap kaum, agama,  keturunan, komuniti besar atau kecil yang ada di Malaysia,” katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim, Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay, dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: