Rumah Masih Digenangi Air

imageTUMPAT – Walau lebih dua minggu berlalu sejak banjir pada 24 Disember lalu, 2,800 keluarga di pinggir Sungai Golok resah apabila kediaman mereka dan sawah padi masih digenangi air.

Masalah  banjir lambat surut itu dikatakan berpunca daripada pembinaan jalan Kasban bermula dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang sepanjang kira-kira 30 kilometer.

Jalan berkenaan menjadi penghubung penduduk 20 kampung di pinggir Sungai Golok sejak tahun 2007 lagi.

Lebih kritikal apabila pembentung air yang dibina merentasi jalan Kasban tidak mencukupi menyebabkan setiap kali banjir melanda, air tersekat dan lambat mengalir ke Sungai Golok.

Kesannya, penduduk terpaksa menanggung kerugian apabila tanaman padi dan harta benda rosak selain terputus hubungan akibat jalan tenggelam.

Antara kampung terjejas setiap kali banjir ialah Kampung Simpangan, Jejulok, Naga Ibu, Bendang Pak Yong, Derdap, Teluk Jering dan Kubang Sawa.

Minta tambah pembentung air

Penduduk Kampung Derdap, Arifin Awang Chik, 51, berkata, masalah banjir lambat surut akan selesai jika Jabatan Kerjaraya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menambah pembentung dan pintu air, di sini.

Menurutnya yang juga Setiausaha Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Bendang Pak Yong, sepanjang jalan Kasban meliputi kawasan Pengkalan Kubor kecuali kawasan Rantau Panjang, kira-kira 20 pembentung air dibina untuk mengalirkan  air ke Sungai Golok.

“Ia belum mencukupi kerana setiap kali banjir, kawasan bendang, sawah padi dan kediaman penduduk tenggelam sedalam tiga hingga lima meter.

“Setakat 20 pembentung air, masih belum mencukupi kerana ada sesetengah pembentung air dibina di lokasi tidak strategik,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ada tindakan pihak berkaitan bagi menangani masalah ini apabila menambah baik pembentung air di jalan Kasban iaitu di Kuala Kudung dan di Pisau Raut.

“Memang berkesan pembinaan pembentung air di situ, tetapi sekiranya diperbanyakkan saya yakin masalah banjir lambat surut akan selesai,” katanya.

Pintu air di Kampung Pohon Nibong

Kekurangan pintu air juga menjadi faktor air banjir di sini terkepung berminggu lamanya walau pun cuaca panas terik.

Arifin berkata, sekiranya di Kampung Pohon Nibong dibina pintu air tiga pintu, dia menjangkakan tiada lagi mangsa banjir akan pindah ke pusat pemindahan yang mencecah lebih 2000 orang setiap kali banjir melanda.

Katanya, pintu air itu berupaya mengeluarkan air banjir turun ke sungai dengan cepat dan dapat menutup pintu air itu  sekiranya paras air sungai Golok tinggi bagi mengelakkan ia masuk ke perkampungan penduduk.

“Kami di sini bukan sahaja berdepan masalah banjir lambat surut tetapi petani juga sering merungut kerana air masin dari Sungai Golok sering masuk ke sawah padi mereka.

“Tetapi sekiranya ada pintu air tiga pintu itu, masalah ini dapat selesai,” katanya.-Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: