Tekad Jaga Kebajikan Rakyat

imageMACHANG – Program turun padang bagi mendekati masyarakat cukup bermakna kepada orang ramai, apabila masalah mereka mendapat perhatian dan simpati pihak lain terutama daripada pemimpin setempat.

Sehubungan itu,  kehadiran Pengerusi Perhubungan Badan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali Tok Pa meneruskan pendekatan tersebut bersama pemimpin pelbagai peringkat di sini, dengan meninjau dan beramah mesra dengan masyarakat di Pasar Tani Machang, Kampung Gosong, Batu 30, Kampung Laklok dan Kampung Laha, Pulai Chondong, di sini, kelmarin disambut baik penduduk.

Erat hubungan baik

Pendekatan mesra rakyat sempena Program Gelombang Merah Peringkat Parlimen Machang itu bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan baik, juga satu penghormatan untuk penduduk di kawasan yang terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Mukim Jambu Lawar, Rosdi Husin berkata, kedatangan Tok Pa ke Kampung Gosong di sini, kelmarin mengubah pandangan rakyat dan rata-rata teruja bertemu pemimpin besar negara.

Katanya, Tok Pa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah pemimpin negara yang pertama turun padang ke kampung tersebut sejak sekian lama.

“Kedatangan Tok Pa disambut baik penduduk di sini dan rata-rata teruja bertemu dengannya. Ia satu perubahan yang memberangsangkan dan membuktikan kebangkitan rakyat yang mula sedar serta membuka mata tentang kepincangan dalam kerajaan Pas.

“Pada masa sama,  kedatangan pemimpin besar negara ini juga memberikan khabar gembira kepada penduduk, apabila beliau akan mengusahakan sebuah madrasah baru kepada penduduk bagi menggantikan madrasah usang yang dibina lebih 40 tahun lalu,” katanya.

Seperti mimpi dapat jumpa Tok Pa

Sementara itu seorang warga emas,  Jusoh Said, 80 berkata, kedatangan Tok Pa ke rumahnya, kelmarin umpama mimpi, apabila dapat berbual dengan pemimpin negara yang juga Ahli Parlimen Jeli itu.

Katanya,  program turun padang tersebut membuktikan keprihatinan pemimpin dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

“Ia mampu menjadi platform terbaik dalam memperkukuhkan ikatan antara pemimpin dan rakyat. Terima kasih kepada rombongan Tok Pa yang sudi menziarah  dan bertanya khabar.  Pakcik berharap  program ini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Program dilakukan secara berkala

Sementara itu , Mustapa  berkata, program turun padang tersebut dilakukan secara berkala dengan melibatkan kawasan yang berbeza dalam usaha menjaga kebajikan penduduk.

Katanya, program itu mendapat sambutan di luar jangkaan, sekali gus membuktikan satu perubahan dalam sokongan rakyat dan berharap ia ditafsirkan pada pilihan raya nanti.

“Melalui kunjungan ini, pelbagai masalah dan cerita dikongsi penduduk, termasuk keperluan masyarakat setempat yang gagal dipenuhi Kerajaan Negeri termasuk tempat ibadah yang usang.

“BN komited dalam menjaga kebajikan masyarakat dengan melakukan pelbagai pembaharuan, termasuk  menyampaikan pelbagai jenis bantuan dalam usaha mengurangkan beban perbelanjaan mereka,” katanya.

Hadir sama pada program itu, Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub, Naib Ketua Umno Bahagian Machang, Wan Mohd Adnan Wan Aziz, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Machang,  Eriandi Datuk Ismail dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Machang, Syamsuriani Ismail.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: