USM Sedia Jadi Rakan Strategik Bantu Rakyat Palestin

imageKOTA BHARU – Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia menjadi rakan strategik kepada mana-mana pihak yang mahu menggunakan kepakaran terutama dalam bidang perubatan bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas tentera Israel.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Omar Osman berkata universiti itu sentiasa bersedia untuk menghantar pelajar dan pegawai perubatannya untuk membantu rakyat negara itu termasuk mencari dana pendidikan dan memberikan kursus perubatan.

“USM mempunyai pelbagai kepakaran untuk membantu pihak yang memerlukan termasuk di Palestin ini. Kita ada 400 pensyarah perubatan dan sains kesihatan yang bersedia untuk itu.

“Di Palestin banyak anak-anak yang cacat dan tidak boleh pergi ke sekolah dan USM juga mengumpul dana untuk membantu bagaimana pelajar ini boleh meneruskan pembelajaran di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kerusi Roda USM Kepada Yayasan Amal Malaysia Untuk Rakyat Palestin di sini hari ini.

Program itu sempena tamat latihan pembuatan anggota palsu oleh enam pelatih Palestin selama enam bulan di kampus kesihatan universiti itu, di sini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

Pada majlis itu, pelajar Palestin berkenaan turut menyerahkan kaki palsu yang dihasilkan mereka sepanjang mengikuti latihan kepada tiga pesakit di Hospital USM.

USM juga menerima sumbangan sebanyak RM5,000 daripada pelajar universiti itu kepada Tabung Pendidikan Pelajar Palestin.

Mengulas perkara itu, Omar berkata pihaknya sangat mengalu-alukan agar warga universiti itu bersedia untuk membuat potongan gaji untuk disumbangkan ke tabung pendidikan itu.

Beliau berkata beberapa pegawai perubatannya akan ke Palestin tidak lama lagi bagi memantau bengkel pembuatan anggota palsu oleh pelajar berkenaan yang sangat diperlukan penduduk di wilayah bergolak itu.

“Selepas ini kita akan menerima lagi pelajar baharu rakyat negara itu yang akan dipilih Yayasan Amal, tidak lama lagi,” katanya.

Katanya bagi membekalkan ubat-ubatan mungkin agak sukar bagi USM kerana ia membabitkan kos yang tinggi tetapi untuk memberikan kepakaran lain dalam bidang perubatan, ia tidak menjadi masalah.

Selain itu, USM turut membekalkan kerusi roda ciptaan mereka iaitu berkonsepkan ‘tiga dalam satu’ yang boleh diubah suai menjadi kerusi roda, pengusung atau katil, kemudahan yang sangat praktikal digunakan di Palestin.

Menurut Omar pihaknya juga akan mendapatkan geran bagi membolehkan penambahbaikan dilakukan pada kerusi roda berkenaan.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal USM, Dr Amir Yazid Ali berkata komponen penting dalam pembuatan anggota palsu itu terdiri daripada bahan asas yang mudah didapati iaitu kayu dan sejenis plastik.

“Kalau tidak ada di Gaza ia mungkin boleh didapati di negara jiran seperti Mesir dan kami akan ke sana untuk meninjau perkara itu,” katanya – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: