Tebing Sungai Terhakis Teruk

imageMACHANG – Lebih lima keluarga yang tinggal berhampiran sungai Kampung Cherodok, Belakang Hospital di sini, berdepan bahaya apabila tebing sungai itu terhakis teruk sejak setahun lalu.

Penduduk, Jizah Latif berkata, pada asalnya ia adalah anak sungai dan bertambah lebar akibat hakisan, terutamanya selepas pembinaan longkang di kawasan berdekatan.

Katanya, keadaan itu membimbangkan keluarganya dan penduduk berdekatan, memandangkan hakisan itu bertambah serius dan mampu membahayakan mereka.

“Dulu kalau lompat pun boleh lepas namun, sungai bertambah lebar sejak kebelakangan ini akibat hakisan.

Apa yang menakutkan makcik, jarak antara rumah dan tebing sungai semakin dekat dan membuatkan tidur kami tidak lena setiap kali hujan lebat terutama pada musim tengkujuh.

“Saya berharap pihak yang berkuasa membantu kami menangani masalah ini dengan membina benteng atau mengambil tindakan yang bersesuaian bagi mengatasinya,” katanya.

Minta ambil tindakan segera Jiran Jizah, Norhayati Ismail berkata, hakisan itu menimbulkan kegelisahan dalam kalangan keluarganya, memandangkan rumah mereka boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja jika ia dibiarkan berterusan.

Katanya, keadaan itu semakin buruk sejak kebelakangan ini dan memerlukan tindakan segera , apatah lagi jarak antara tebing sungai dan rumahnya hanya beberapa meter sahaja.

“Kami merayu pihak yang berkenaan ambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ini. Jika rumah ini runtuh, kami tidak ada tempat  lain yang hendak dituju,” katanya.

Tandas di luar rumah runtuh Sementara Hasmah Abdullah pula berkata, tandas milik keluarganya yang terletak di luar rumah runtuh tahun lepas akibat hakisantersebut.

Katanya, kaedah meletakkan guni pasir dan sebagainya tidak berhasil dan memerlukan kerjasama pihak yang berkenaan untuk mengatasinya.

“Malah, jambatan di sini juga pernah runtuh akibat air deras. Kami berharap masalah ini dapat diatasi dengan segera sebelum keadaan menjadi bertambah serius dan menakutkankami.

“Saya tidak mampu berbuat apaapa kecuali berdoa supaya tidak ada lagi banjir dan hujan lebat selepas ini.

Kami sekeluarga tidak tidur sepanjang malam pada musim banjir baru-baru ini, kerana khuatir keselamatan nyawa dan kehilangan harta benda.

“Nak baiki sendiri tebing sungai yang runtuh sememangnya saya tidak berkeupayaan untuk berbuat demikian,” katanya.

Azizah Ismail berkata, hakisan itu turut merosakkan tanaman penduduk yang terletak berhampiran dan kini mengancam tepat tinggal mereka.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: