Kereta Rempuh Stesen Minyak

imageKOTA BHARU – Pekerja sebuah stesen minyak di Kampung Pintu Geng di sini, berdepan dengan detik kecemasan apabila kedai serbaneka di premis tersebut  dirempuh oleh sebuah kereta kira-kira jam 10.45 pagi semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang berusia 46 tahun hilang kawalan lalu merempuh premis tersebut selepas mengisi minyak.

Rempuhan tersebut mengakibatkan pintu hadapan premis serbaneka itu pecah dan turut merosakkan sebahagian barangan yang ada di dalamnya.

Bagaimanapun, difahamkan pemandu kereta tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Pekerja stesen minyak, Norhanim Nadia Khalid, 24, berkata, semasa kejadian itu dia sedang bertugas bersama rakannya, Nik Nur Haslinda Nik Hashim, 18, di kaunter bayaran.

“Kejadian itu berlaku dengan cukup pantas tanpa kami sedari dan pada awalnya saya menyangka pam meletup.

“Sehinggalah saya ternampak sebuah kereta sudah berada di dalam premis ini,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, ekoran kejadian tersebut dia dan rakannya itu terpaksa merangkak keluar untuk menyelamatkan diri.

Dia berkata, ketika kejadian tersebut berlaku tiada pelanggan yang berada di dalam premis serbaneka tersebut.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: