Kes Selesai Tapi Anwar-KJ ‘Perang’ Di Twitter

imageSHAH ALAM – Meskipun laporan media menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, ‘perang’ membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber.

Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing.

Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu.

“Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman,” kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza.

Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, “sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan).”

Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR.

Sidang media yang dijangka diadakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara lain menyentuh kes saman fitnah yang difailkan oleh Anwar dan penyelesaian direkodkan oleh mahkamah semalam.

Dalam pada itu, bekas koordinator media Anwar pula menulis menerusi Twitter, “@Khairykj Tipu. Anwar tidak tarik saman. Ia satu penyelesaian. Terima penyelesaian bukti anda yang tarik balik kenyataan.”

Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa “beliau saman saya. Beliau menarik balik kes.”

Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan  selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

“Tiada perintah untuk kos,” katanya.

Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah.

Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: