Kisah Seram Bukan Halangan Jadi Penggali Kubur

penggalikuburTEMANGAN – Kerja menggali kubur yang sering dikaitkan dengan pelbagai kisah menyeramkan mendorong orang ramai menolak pekerjaan itu, apatah lagi dilakukan secara sukarela.

Namun, berbeza bagi Mohd Lukman Hamad, 37, yang sedia memikul tanggungjawab tersebut bagi menggantikan bapanya sejak 17 tahun lalu, di Tanah Perkuburan Pangkal Chuit dan Pertok.

Katanya, penduduk kampung masih mengamalkan kerja menggali kubur secara gotong-royong dengan menggunakan cangkul.

“Biasanya kerja menggali kubur ini dilakukan oleh anak muda dengan pemantauan orang lama yang berpengalaman, cuma kerja menggali liang lahad atau lebih mudah disebut melahad memerlukan sedikit kepakaran

“Saya lakukan kerja melahad bersama rakan secara bergilir-gilir, memandangkan ia bukan kerja yang mudah dan memakan masa antara dua hingga tiga jam. Pada mulanya, saya hanya membantu golongan lebih berusia ketika remaja, memandangkan ayah saya juga
melakukan kerja ini pada hayatnya. Lama-kelamaan ia menjadi rutin,” katanya.

Mohd Lukman berkata, sekalipun ada kubur yang digali menggunakan jengkaut untuk menjimatkan masa, namun kerja melahad masih perlu dilakukan secara tradisional.

Katanya, bagi dia dan rakan-rakan, kerja itu satu ibadah dan mereka melakukan dengan ikhlas walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

Menurutnya, pengalaman yang dikutipnya sepanjang tempoh menggali liang lahad itu dijadikan pengajaran yang amat berharga buatnya, sekali gus mendekatkannya kepada ALLAH.

“Kalau nak cerita tentang pengalaman, macam-macam yang saya lalui bersama rakan, namun itu adalah  perkara biasa yang dilalui penggali kubur.

“Ada kala kami tergali kubur sedia ada dan terpaksa menimbusnya semula dan ‘bertemu’ pelbagai perkara termasuk di luar jangkaan, namun kami terimanya sebagai cabaran.

“Biarpun ia bukan tugas yang mudah namun hasil kerjasama ramai, tugas menggali kubur ini menjadi lebih ringan dan ia menjadi tradisi kami di sini melakukannya secara bergotong-royong, malah dilaksanakan oleh orang muda dengan bimbingan orang lama,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: