Najib: ‘Pengundi Selangor, Yakin Dan Berilah Kami Peluang’

imageSHAH ALAM – Sambil mengakui ada kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) masa lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu agar perikatan itu diberikan satu peluang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk mentadbir semula Selangor.

Pengerusi BN berjanji pihaknya berjanji akan bangkit semula dengan niat dan semangat baru bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Kami sedar, terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional yang lalu. Atas kesedaran ini, kami berjanji akan bangkit semula dengan niat dan semangat baru bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Janji kami adalah Janji Ditepati. Yakinlah dan berilah peluang kepada kami untuk membawa perkhidmatan yag lebih baik kepada rakyat Selangor,” kata beliau dalam perutusan sempena tahun 2013 yang dihantar kepada pengundi di negeri Selangor awal tahun ini.

Selangor mempunyai lebih dua juta pengundi. PRU13 akan diadakan sebelum akhir Jun jika Parlimen terbubar dengan sendiri pada 28 April ini.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, beliau amat bersyukur kerana negara diberikan kesejahteraan yang berterusan sepanjang tahun lalu.

“Alhamdulillah, Malaysia terus aman dan makmur tanpa mengalami bencana besar.

“Negara kita juga mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik secara keseluruhannya.

“Ini merupakan hasil usaha bersama rakyat Malaysia menggembleng tenaga dan usaha bagi memastikan negara ini kekal sejahtera,” katanya lagi.

Dalam mesej satu halaman, Perdana Menteri berkata, 2013 merupakan tahun penting kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada rakyat Selangor sendiri, setelah lebih empat tahun berhadapan dengan kecelaruan di bawah kerajaan DAP, PKR dan Pas.

Oleh itu katanya, “kini tiba masanya untuk berubah.”

“Mandat baru perlu diamanahkan kepada Barisan Nasional menjelang pilihan raya yang pasti berlaku pada tahun 2013,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Selangor, negeri paling maju di Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu. Pakatan Rakyat dianggotai Pas, PKR dan DAP.

Najib pernah melahirkan permohonan maaf atas kesilapan dan kekurangan disebabkan BN sebelum 2008.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: