Nenek Hawa Masih ‘Power’

imagePASIR MAS – Ketika kebanyakan orang berdepan masalah penglihatan serta pendengaran sebaik menginjak usia emas, seorang penduduk Kampung Lanchang dekat sini, bersyukur kerana tidak menghadapi masalah itu.

Hawa Ngah, 92, ibu tunggal kematian suami 14 tahun lalu, masih mampu mendengar dengan jelas serta tidak perlu memakai cermin mata untuk melihat objek kecil.

Ibu kepada dua anak ini boleh membaca al-Quran tanpa bantuan cermin mata, malah daya ingatannya juga masih baik berbanding rakan seusia.

Lebih membanggakan anak-anaknya, warga emas ini juga tidak mempunyai sebarang penyakit kronik serta jarang menghadapi masalah kesihatan seperti demam, cuma belakangnya sahaja agak bongkok.

Hawa berkata, dia tidak mempunyai sebarang petua mengekalkan pendengaran dan penglihatan sehingga kini, namun gemar meminum air sejak remaja lagi.

Menurutnya, dia minat memancing malah masih aktif menahan ikan ketika banjir baru-baru ini, dan menganggap usia tidak menghalangnya terus aktif dengan rutin juga hobinya.

“Walaupun usia telah meningkat, makcik masih boleh keluar memancing sewaktu banjir dengan menggunakan perahu.

“Bukan itu sahaja, makcik juga turut menahan pukat setiap kali musim tengkujuh,” katanya yang kerap memperoleh ikan seperti terbok, perah dan pelbagai ikan lagi setiap kali keluar menahan pukat dan memancing.

Di usia emas juga Hawa masih mempunyai tenaga kuat, buktinya dia masih mampu mengendong cucunya jika diminta berbuat demikian.

Hawa berkata, dia mahu tinggal sendirian biarpun diajak dua anaknya untuk tinggal bersama mereka.

Menurutnya, dia selesa sendirian dan menambah, jarak kediamannya dengan rumah anaknya cuma 200 meter.

“Makcik selesa tinggal sendiri dan tidak mempunyai sebarang masalah sehingga ke hari ini,” kata nenek kepada 18 cucu ini.

Sementara itu, anak kedua Hawa, Mohd Yusof Adam, 39, berkata, dia akur dengan kemahuan ibunya tinggal sendirian biarpun risau keselamatannya.

Menurutnya, dia kerap menjenguk Hawa bagi memastikan dia berada dalam keadaan selamat.

“Anak-anak kerap ke rumah emak memandangkan jarak antara rumah kami tidak jauh.

“Emak tidak mempunyai masalah kesihatan ysng kronik, cuma kadang-kala dia berdepan masalah kembung perut,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: