Nik Aziz: Majlis Syura Setaraf Mufti

imageKOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyifatkan keputusan anggota Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH adalah setaraf dengan pandangan mufti.

Menurutnya, Majlis Syura yang membuat ketetapan tidak membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu dianggotai oleh orang alim dan terdiri daripada doktor yang semuanya lulusan universiti.

Katanya, oleh yang demikian pegawai Islam yang menganggotai Majlis Syura Pas itu membuat ketetapan berlandaskan ilmu, iaitu cahaya daripada ALLAH.

“Sebagai contoh, perubahan yang berlaku di Timur Arab, ini bukan daripada mufti pun ia idea pemikiran Yusof  Qardhawi. Oleh sebab dia ada ilmu yang selari dengan fitrah manusia maka boleh terima walaupun tiap-tiap negeri ada mufti.

“Di Mesir, Tunisia dan Libya  orang tidak peduli kepada mufti, kerana dalam kalangan mereka ada menyokong kerajaan yang ada,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Pelantikan Watikah Penghulu Peringkat Negeri Kelantan di sini, semalam.

Sementara itu, Nik Aziz bersyukur kerana dalam Pas dianggotai oleh ahli-ahli ulama dan kebanyakannya terdiri daripada pensyarah universiti jurusan Islam dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Besar, menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahukan isu itu dihentikan dan semua pihak menghormati sensitiviti antara kaum.

Berhubung kontroversi isu penggunaan kalimah ALLAH, Sabtu lalu Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Nik Aziz memutuskan sesiapapun boleh menggunakannya namun, ia tidak boleh digunakan dalam mana-mana kitaba agama bukan Islam dengan menterjemahkan perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ kepada kalimah itu.

Isu penggunaan kalimah itu dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, ketika sambutan Hari Krismas tahun lalu.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Nik Aziz: Majlis Syura Setaraf Mufti”

  1. January 17, 2013 at 4:52 pm #

    po nik salah tu sbenarnya majlis syura pas bukan mewakili semua rakyat islam malaysia…ianya adlah pandangan berdasarkan politik..ketatapan yang dibuat oleh mufti adalah mewakili semua org islam malaysia…jangan nak bagitau kat rakyat bahawa org alim di dalam Pas lebih mulia dan pandangan mufti tidak boleh dipercayai disebabkan sokong kerajaan..apa kurang majlis syura Pas mereka skong Pas..kong kalikong..pandanga jgn ambil peduli pandangan mufti adalah ajaran khawarij..anda hanya politikus yang mengunakan agama untuk kepentingan dunia dan jawatan anda,..ada faham

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: