Warga Emas Kaku 15 Minit Lihat Rumah Hangus

imageTENDONG – Seorang warga emas di Kampung Padang Embun kaku selama 15 minit, apabila mendapati rumah mereka hangus dalam kebakaran, jam 1.30 pagi, semalam.

Mangsa, Fatimah Ibrahim, 64, saya tidak dapat bergerak kerana terlalu terkejut dengan kejadian yang menimpa.

Menurutnya, kejadian bermula apabila dia terdengar bunyi ‘pop’ sangat perlahan di luar bilik tidurnya.

“Saya ingatkan menantu saya berada di luar, lalu saya menuju ke pintu, namun mendapati motosikal, almari dan mesin mengepam air perigi terbakar.

“Saya terus menuju ke bilik anak dan menantu lalu membawa cucu berusia empat tahun keluar,” katanya semalam.

Selepas keluar katanya, dia terduduk dan kaku di luar rumah, malah masih tidak menyangka kejadian ini berlaku.

Lebih memilukan katanya, barang hantaran, wang bernilai RM4,000 dan semua kelengkapan perkahwinan anak bongsunya tidak dapat diselamatkan.

Menurutnya, dua motosikal, barang elektrik dan dokumen penting turut hangus dalam kebakaran terbabit.

“Menantu saya sempat masuk ke rumah beberapa kali untuk mengambil kunci kereta dan kad pengenalan, namun gagal masuk untuk kali ketiga apabila api mula merebak ke bahagian bumbung.

“Saya anggar kerugian RM100,000, namun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohamed Adenan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.39 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan satu jentera dan van.

“Setibanya di tempat kejadian, kita dapati rumah hangus hampir 80 peratus dan api berjaya dikawal 10 minit kemudian. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: