Yakin Menang Peti Undi Bandar

imagePASIR PUTEH – Kerjasama baik yang digerakkan Umno bersama MCA dan Gerakan memberi kelebihan untuk BN menang di Peti Undi Bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ketua Peti Daerah Mengundi (PDM) Bandar, Datuk Dr Mohd Kaisan Abdul Rahman berkata, program Jalinan 10 membolehkan penduduk daripada 180 rumah dan kedai diberi perhatian khusus.

Katanya, satu orang daripada ahli jawatankuasa yang bermesyuarat, dilantik sebagai Ketua Jalinan untuk menjaga 10 rumah dan premis khususnya kaum Cina.

“Kali ini kita memberi tumpuan kepada kaum Cina kerana sebelum ini kita sudah melaksanakannya untuk kaum Melayu, “ katanya ketika hadir pada mesyuarat Umno bersama parti komponen lain di PDM Bandar Pasir Puteh di Pejabat MCA di sini, kelmarin.

Mohd Kaisan berkata, bersempena sambutan Tahun Baru Cina nanti, program ziarah akan diadakan untuk mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain.

“Kita akan membuat lawatan ke rumah dan kedai, sambil menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik dan warga emas.

“Berdasarkan kerjasama baik dan maklum balas yang diterima, saya yakin BN menang di peti undi ini, dan kita hanya perlu meneruskan komitmen dengan mendekati penduduk bandar,” katanya.

Ketua Jalinan katanya, mesti mengenal pasti sikap pengundi bandar dan memastikan mereka memberikan sokongan penuh kepada BN.

Beliau turut melancarkan Kalendar Facebook P28 Tok Janggut Pasir Puteh untuk diedarkan kepada orang ramai.

Katanya, grup membicarakan soal politik di laman sosial Facebook mesti dimanfaatkan ahli untuk  mengemukakan isu secara bijaksana.

“Gunakan laman sosial dengan bijak, supaya rakyat mendapat informasi tepat dalam isu yang berbangkit dan perlu berhati-hati supaya tidak terjerat dengan komen atau soalan daripada individu yang hanya mahu mencari kesalahan orang lain,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: