BN Kelantan Tingkat Guna Media Sosial Perangi Fitnah Politik

mole-Datuk-Mustapha-MohamedKOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memperjelas dan menjawab fitnah dan isu yang dibangkitkan pembangkang.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin penggunaan media sosial dapat menarik pengundi terutama golongan muda dan terpelajar untuk memahami kedudukan sebenar politik semasa negara.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, beliau menyedari jentera pilihan raya BN di negeri ini agak ketinggalan dari segi penggunaan media sosial berbanding pembangkang yang turut menyebabkan BN tidak dapat menawan Kelantan pada pilihan raya umum 2008.

“Hasil kajian juga mendapati lebih banyak penulis blog, Facebook dan Twitter terdiri daripada penyokong pembangkang berbanding kerajaan.

“Oleh itu mulai sekarang kita akan menggembleng tenaga untuk menggunakan sepenuhnya media sosial termasuk Facebook dan Twitter,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus simulasi pilihan raya dan pelancaran jentera siber Pemuda BN Kelantan di sini malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pendekatan yang diambil itu selaras dengan saranan Presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyedari pentingnya peranan media sosial sebagai platform baharu dalam dunia politik semasa.

Mustapa gembira dengan langkah Unit Siber Pemuda BN yang memilih Kelantan sebagai negeri pertama untuk diadakan kursus media sosial selepas pelancaran Kelab Media Baru dua tahun lalu.

Katanya kelab tersebut diwujudkan sempena pilihan raya kecil kawaswan Dewan Undangan Negeri Guchil pada 2010 dan diikuti penubuhan kelab sosial beliau sendiri iatu Kelab Tok Pa dua bulan lepas.

Beliau berharap Kelab Media Sosial Pemuda BN akan merintis jalan dan menjadi platform penting sebagai senjata untuk mempertahan serangan pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-13. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: