Dua Lelaki Dipercayai Pendakwah Kristian Dikesan Edar Bible Di Sekolah

bible6GEORGETOWN: Dua lelaki dipercayai pendakwah Kristian dikesan mengedarkan Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, tengah hari semalam.

Dalm kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mereka yang berpakaian kemas didakwa mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.

Perbuatan yang menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam tu seperti sengaja mencabar kesabaran umat Islam selepas isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Sehubungan itu, sebuah badan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membuat laporan polis di Balai Jelutong, di sini, kira-kira jam 12 malam tadi.

NGO berkenaan mendesak supaya satu siasatan dibuat oleh polis di peringkat negeri berhubung penyebaran dakyah agama lain kepada umat Islam serta mendesak Kerajaan Pusat menguatkuasa tindakan mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Negara.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: