Koo Ham Perlu Beri Bukti Kukuh

imagePUTRAJAYA – Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham perlu memberikan bukti kukuh berhubung dakwaannya terhadap pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai kemalangan membabitkan kenderaan JPJ Seri Manjung di Sitiawan, Perak Jumaat lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, perbuatan Koo Ham itu tidak bertanggungjawab kerana melemparkan tuduhan yang belum disahkan ke atas pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas.

“Koo Ham dengan sendirinya perlu memberi keterangan kepada polis Perak dan mengemukakan bukti kukuh yang dilemparkan kepada pegawai JPJ yang didakwa merentasi pembahagi jalan sehingga mengakibatkan kemalangan itu”, katanya semalam.

Pada 11 Januari lalu, Koo Ham yang juga Adun Sitiawan didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitternya iaitu: “JPJ purportedly cross divider to get a lorry causing the big pile up. People ask, if JPJ does nt (not) follow the law why shd (should) we?” (kenderaan) JPJ sengaja melintasi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori menyebabkan kemalangan besar. Rakyat bertanya, jika JPJ tidak mematuhi undang-undang, mengapa kita patut (patuhi undang-undang).

Kelmarin, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis tidak menolak kemungkinan memanggil Koo Ham memberi keterangan berhubung kenyataan dalam laman Twitternya itu bagi membantu dan menambah baik siasatan polis.

Cho Ha berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, Koo Ham perlu memohon maaf kepada JPJ.

“Hasutan meminta rakyat tidak perlu mematuhi undang-undang jika pihak berkuasa tidak mematuhi undang-undang adalah tidak adil. Adakah beliau menyarankan setiap orang menyalahi undang-undang dan peraturan?,” katanya.

Beliau berkata, hasutan seperti itu tidak profesional dan perlu dihentikan untuk mengelakkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan rakyat, sekali gus boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini.

“Kita mahu memastikan Malaysia dalam keadaan aman dan harmoni serta tidak dirosakkan oleh tuduhan beremosi dan tidak berfakta dari pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: