Lelaki Ditemui Mati Akibat Lelah Di Hadapan Kedai

imageKOTA BHARU – Seorang lelaki berusia 50 tahun ditemui mati di hadapan sebuah kedai membaiki barangan elektrik di tepi Jalan Pondok Terusan, Pasir Tumboh, di sini tengah malam kelmarin.

Mayat lelaki berkenaan, Nik Hassan Mohamed yang berasal dari Kampung Pauh Lima dijumpai orang awam kira-kira jam 12.30 tengah malam, dalam keadaan terbaring.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, hasil siasatan di tempat kejadian,  pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk kematian lelaki berkenaan berpunca dari jenayah.

“Berdasarkan maklumat daripada anak mangsa, arwah bapanya mempunyai penyakit jantung dan lelah.

“Menurutnya, sebelum kejadian arwah dipercayai keluar dari rumah kira-kira jam 10 malam dan tidak pulang sehinggalah pihak kami memaklumkan kejadian yang menimpa bapanya itu selepas menghubungi anaknya melalui telefon,” katanya.

Azham berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk urusan bedah siasat.

Sementara itu, anak kedua mangsa, Nik Mohd Faizi Nik Hassan, 25, yang ditemui di rumahnya berkata, kejadian yang menimpa bapanya itu diketahui kira-kira jam 1 pagi selepas mendapat panggilan polis.

“Sejurus selepas itu, saya terus bergegas ke tempat kejadian. Saya tidak syak sebarang unsur jenayah kerana pada kebiasaannya, ayah memang suka keluar minum malam dan perkara tersebut menjadi rutin hariannya.

“Apa pun saya reda dengan pemergiannya dan jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tepus yang tidak jauh dari rumah, selepas solat Asar,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: