Polis Tahan Suami Isteri

imagePASIR PUTEH – Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, menemui pil berwarna kemerahan dipercayai dadah dan beberapa komponen kereta curi selepas menahan pasangan suami isteri di sini, kelmarin.

Serbuan yang diketuai Inspektor Razman Kosnin jam 12.30 tengah hari kelmarin, berjaya menahan kereta yang dinaiki lelaki berusia 39 dan isterinya berusia 29 di Kampung Wakaf Berangan, di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, hasil pemeriksaan polis menemui sebilah parang di dalam kereta tersebut.

“Kita membuat tindakan susulan dengan memeriksa rumah suspek di Kampung Jelor dan menemui satu bekas berisi 90 pil berwarna kemerahan, dipercayai dadah dan beberapa komponen kereta iaitu satu set pintu, bumbung dan bonet.

“Hasil siasatan mendapati komponen kereta itu mempunyai kaitan dengan kereta yang dilaporkan dicuri di Kota Bharu pada 26 Disember tahun lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Kamal berkata, lelaki yang tidak bekerja itu didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah, ditahan reman bersama isteri untuk membantu siasatan.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada maklumat orang ramai, dan kami berharap orang ramai terus memberikan kerjasama kepada polis bagi membendung kegiatan jenayah di daerah ini,” katanya.

Polis katanya, terus mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai bentuk program bagi memberikan kesedaran kepada mereka untuk membantu polis mencegah jenayah.

Katanya, kesedaran untuk memberikan maklumat kepada polis itu penting kerana ia sudah terbukti membantu usaha mengurangkan kadar jenayah.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: