Tuah Ternak Lembu Brahman

imageBACHOK – Pengiktirafan yang diperoleh daripada Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourisme International Show (Maha) 2012, amat membanggakan penternak warga emas Bachok yang ternyata tidak sia-sia menceburkan diri dalam bidang ternakan lembu kacukan.

Kosim Yaakub, 67, berkata, dia tidak menyangka akan mendapat pengiktirafan bagi kategori Pejantan Unggul Maha 2012 yang melayakkannya menerima sijil, trofi, dan cek bernilai RM1,500.

Menurutnya, lembu baka brahman yang berusia lima tahun itu dibela untuk pembakaan yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya amat bersyukur kerana menerima pengiktirafan ini yang melibatkan bukan sahaja penternak dari Kelantan juga dari seluruh negara.

“Tuah lembu saya kali ini untuk menerima hadiah ini yang mengiktiraf  hasil ternakan orang Bachok,” katanya.

Kosim mempunyai 20 lembu dari pelbagai baka termasuk limosine, brahman, charolais untuk pembiakan.

Katanya, lembu yang paling banyak mendapat permintaan tinggi ialah limosine untuk pembiakan baka.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: