Hasil Petroleum, PM Janji Adil

AMIRUL HAFIZ

saa1996KOTA BHARU – Kerajaan Pusat berjanji akan berlaku adil kepada rakyat Kelantan dalam isu bayaran tunai hasil petroleum mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa khas di mana Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telahpun memberi perkenan untuk melantik wakil kerajaan negeri ke jawatankuasa tersebut bagi membincangkan isu berkenaan.

“Jawatankuasa ini akan membincangkan satu persatu secara mendalam mengikut undang-undang dan perlembagaan negara secara telus. Kita tidak akan selindung, kita akan buka buku kita, kita adil pada rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kita tidak tipu satu sen pun pada rakyat Kelantan ini. Ambo (saya) jamin, hak rakyat Kelantan takkan diambil oleh sesiapa,” katanya berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau,  Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Dalam pada itu beliau membidas pihak tertentu yang suka berarak serta berdemonstrasi di merata-rata tempat dengan membuat dakwaan tidak berasas bagi mewujudkan persepsi negatif rakyat ketika membuat tuntutan tersebut.

“Janganlah berarak sana berarak sini, sebut RM6 bilion, RM10 bilion apa asasnya? Dia sebut sahaja, jangan kelentong, jangan belawok (menipu), rakyat akan sedar suatu hari nanti,” katanya.

Najib sebelum ini memaklumkan kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: