Isu IC: Siasat Kes Sebelum Merdeka, Kata Dr M

imagePERMATANG PAUH – Jika pemberian kerakyatan Malaysia kepada pendatang asing di Sabah menjadi isu sehingga ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menanganinya, adalah wajar langkah sama diambil untuk menyiasat pemberian satu juta kerakyatan kepada orang asing pada peringkat awal kemerdekaan negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membuat saranan itu berkata, jika pemberian kerakyatan kepada kira-kira 200,000 pendatang asing di Sabah dianggap besar, perkara sama perlu dilihat semula kerana pemberian satu juta kerakyatan juga adalah “isu besar.”

Beliau berharap perkara itu boleh dipertimbangkan kerajaan kerana sesetengah daripadanya mungkin tidak layak mendapat taraf berkenaan.

“Sebenarnya pendatang di Sabah sudah tinggal lama di negeri itu, ada yang melebihi puluhan tahun. Mereka bercakap dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

“Jadi mereka memang layak diberi kerakyatan atau warga Malaysia kerana memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Malayu Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Naib canselor UiTM, Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Jun tahun lalu, Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah yang dikatakan menjangkau sehingga 500,000 orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

Beliau berkata, warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak mendesak kerajaan tetapi hanya mengemukakan cadangan agar ditubuhkan satu lagi suruhanjaya diraja untuk melihat semula isu berkenaan yang berlaku pada zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Untuk berlaku adil, kerajaan wajar menubuhkan suruhanjaya itu kerana kedua-duanya melibatkan pemberian taraf kerakyatan kepada orang asing.

“Walaupun menerima kerakyatan negara ini, sesetengah pendatang pada awal kemerdekaan masih lagi memandang negara asal mereka sebagai tempat rujukan utama atau untuk menumpahkan kesetiaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun tidak memenuhi kriteria atau syarat, kebanyakan pendatang terbabit masih diberi kerakyatan negara ini.

“Jadi ia perlu disiasat untuk mendapat gambaran sebenar,” katanya.  – Utusan Malaysia

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: