Kalimah Allah – Pas, PKR Masih Bercanggah

Tok Janggut

harun din7

Pendirian Haron Din tentang kalimah Allah sentiasa konsisten berbanding Nik Aziz dan Hadi Awang

Kalaulah pemimpin Umno yang keluarkan kenyataan memberi sokongan atau membenarkan penganut kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam kitab Bible berversi Melayunya, rasanya tak cukup dunia pemimpin Pas dan pembangkang, pencacai Pas dan pembangkang bising.

Tak cukup sejuta, ditambahnya dua juta kecaman, kutukan, kejian, cacian dan makian dihamburkan. Macam-macam ayat yang tak sedap didengar dan tak sesuai dicakapkan akan mereka lemparkan kepada pemimpin Umno, sebagaimana isu hudud.

Tetapi, oleh kerana kenyataan menyokong penggunaan kalimah ‘Allah’ itu keluar dari mulut pemimpinnya, maka senyap sunyi bagaikan ditelan burung garuda. Tak bunyi langsung. Tidak kedengaran langsung suara kutukan, kejian, makian dan cacian dilemparkan kepada Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim.

Bahkan, segelintir pemimpin Pas dan pembangkang, pencacai Pas dan pembangkang mengiyakan apa saja yang dipersetujui oleh keempat-empat makhluk laknatullah ini, walaupun ia berkaitan dengan penghinaan terhadap agama Islam.

Malah, mereka-mereka ini membela dan memberikan hujah-hujah bodoh yang tidak masuk akal semata-mata untuk menegakkan benang basah dan menutup kelemahan serta kemaluan keempat-empat pemimpin laknatullah ini.

Tok Janggut berasa amat kesian, terutama kepada Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim. Lebih-lebih kesian kepada para pencacai Pas dan pembangkang yang menurut apa saja kata-kata pemimpin mereka ini dengan mata dan hati yang buta, telinga yang pekak tuli dan mulut yang bisu.

Sejahil-jahil Tok Janggut yang tak pernah seumur hidup sekali pun menjejakkan kaki ke universiti, baik dalam mahupun luar negara, yang hanya belajar agama di pondok-pondok buruk dengan tok-tok guru yang tidak ada sijil atau ijazah akademik pun, tahu yang mana halal, yang mana haram, yang mana boleh guna dan yang mana tak boleh guna.

Tetapi, Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim yang bangga dengan pengajian ijazah, sarjana dan master akademiknya dari universiti dalam dan luar negara, masih ada lagi kekurangan yang amat nyata dalam diri mereka, iaitu jahil dalam pengetahuan agama.

Jelas dan nyata, tujuan mereka ini menceburi politik, bukan untuk menegakkan agama, tetapi menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan politik. Umpama orang jahil memegang kitab al-Quran tanpa mengambil wuduk terlebih dahulu. Bagi mereka, setakat pegang kulit kitab itu tidak mengapa walaupun tidak ada wuduk. Beginilah pegangan mereka ini.kitab2

Apabila orang ramai tertanya-tanya, bolehkah memegang kitab al-Quran tanpa wuduk, mereka akan jawab, “aku tahu apa yang kamu tidak tahu. Aku kan tok guru. Aku kan tuan guru. Aku kan ustaz. Aku belajar di universiti India, universiti oxford, universiti al-Azhar dan universiti-universiti di negara Arab seperti Mesir, Mekah, Syria, Libya, Jordan, Sudan dan macam-macam lagi. Kamu apa tahu?

Lantaran sikap takbur, ego, riak dan bongkak itulah Allah menurunkan bala kepada pencacai Pas dan pembangkang dengan  memberikan pendapat berbeza antara satu sama lain. Antaranya, selepas Majlis Syura Pas mengeluarkan ‘fatwa’ melarang orang kafir menggunakan kalimah ‘Allah’, tiba-tiba orang kuat PKR, Azmin Ali membantahnya dan tetap bertegas mengatakan boleh guna.

Karpal Singh pun keluarkan kenyataan minta Majlis Syura Pas mengikut keputusan Majlis Pakatan Rakyat yang membenarkan kalimah ‘Allah’ digunakan dalam kitab Bible versi Melayu. Dua kenyataan daripada dua pemimpin kanan PR ini menyebabkan Nik Aziz dan Hadi Awang dalam dilema dan tertekan. Dalam hati mungkin rasa bersalah kerana membuat keputusan yang tidak memihak kepada rakan kafirnya, tetapi sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi sebab Majlis Syura Pas sudah berfatwa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyifatkan Pas seperti sarkis. Tidak ada pendirian yang tetap. Kemudian orang kanan Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar pula menyabar Dr Mashitah supaya BN juga keluarkan pendirian mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’.

Kata Mahfuz, parti komponen BN seperti MIC, MCA dan parti-parti di Sabah dan Sarawak perlu menyatakan pendirian masing-masing. Apa yang Tok Janggut hendak beritahu kepada Mahfuz, parti-parti komponen BN tidak ada masalah. Mereka faham dengan Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Mereka tidak pernah desak sebagaimana DAP mendesak PKR dan Pas sehinggakan Pas terus menyetujuinya.

nik-aziz-dan-hadi-awanSetakat ini isu kalimah ‘Allah’ belum selesai sepenuhnya. Masih ada tekanan daripada DAP dan PKR serta segelintir parasit Pas yang menyokong ideologi Anwarisme. Mereka ini yang memberi tekanan mental kepada Nik Aziz dan Hadi Awang supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Pas dan Nik Aziz serta Hadi Awang dilihat tidak mahu membuat kenyataan secara tergesa-gesa lagi, takut ia memakan diri sendiri kerana sudah membuat kenyataan melulu di awal isu kalimah ‘Allah’ ini dibangkitkan.

Nik Aziz dan Hadi Awang telah banyak membuat kesilapan dalam perjuangannya menegakkan Islam. Setiap ‘fatwa’ mereka sentiasa dilihat bercanggah dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang terdiri daripada mufti-mufti, ilmuwan dan cerdik pandai agama. Malah, setiap ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh dua pemimpin ini sentiasa pula berbaur politik, tidak pernah dikeluarkan demi menegakkan agama Islam.

Bahkan, ketika Nik Aziz mengumumkan keputusan Majlis Syura Pas yang membuat ketetapan bahawa orang kafir tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’, Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang tanpa rasa malu atau rasa bersalah, mengumumkannya kepada khalayak. Tetapi apabila ditanya wartawan mengenai pendiriannya sebelum ini, dia berdiam diri. Itulah tanda ketidakcerdikannya. Bercakap tanpa merujuk kitab al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW.

Tags:

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: