Nor Mohamed: Rakyat Tidak Ada Sebab Harus Tukar Kerajaan Pusat

imageTASEK GELUGOR – Rakyat tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan pusat pada pilihan raya umum ke-13 kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi memastikan rakyat hidup selesa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kebijaksanaan pemimpin kerajaan BN dalam mentadbir negara walau dalam apa juga keadaan adalah bukti BN mampu menjamin masa depan terbaik untuk rakyat.

“Kita seharusnya bersyukur kerana kita mempunyai sebuah kerajaan yang mempunyai nawaitu yang baik dan mempunyai kemahiran untuk menguruskan negara.

Kita harus tahu kerajaan kita uruskan negara bukan dalam keadaan selesa setiap masa.

“Umpamanya pada tahun 1997 ketika kemelesetan ekonomi melanda dunia, atas kepakaran Perdana Menteri kita ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, kita berjaya menyelesaikan masalah itu tanpa meminta bantuan daripada negara luar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan kawasan Parlimen Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Beliau berkata, rakyat perlu mengukur kemampuan pakatan pembangkang dalam mentadbir negara terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menukar kerajaan pusat dan sebagainya.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, rakyat perlu bersyukur kerana dilahirkan di dalam sebuah negara yang dirahmati dengan pelbagai bentuk kekayaan.

“Kita semua hidup dalam satu keluarga dan kita akan hidup jadi lebih kaya sebagai satu keluarga. Hari ini sudah terbukti bangsa Melayu, Cina dan India hidup dalam keadaan sentosa, aman dan damai,” katanya.

Terdahulu, seramai 300 pelajar daripada 28 buah sekolah di kawasan Parlimen Tasek Gelugor menerima bantuan persekolahan RM100 setiap seorang.

Nor Mohamed berkata sebanyak RM26 juta diperuntukkan kerajaan untuk bantuan persekolahan di Pulau Pinang dengan RM2.24 juta diperuntukkan untuk kawasan Parlimen Tasek Gelugor. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: