Pasar Malam Longgok Sampah

imageTANAH MERAH – Peniaga dan pengunjung khususnya di pasar malam dalam bandar dan Manal 1, perlu menjaga kebersihan selepas urus niaga agar keadaan tidak dipenuhi dengan sampah sarap.

Pengadu yang mahu dikenali sebagai Hazwani, 29, berkata, keadaan sampah sarap bertimbun sering kali dilihat apabila selesai waktu urus niaga angkara sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, mereka hanya mengharapkan pihak berkenaan untuk membersihkan keadaan, sedangkan ia adalah tanggungjawab bersama.

“Jangan hanya harapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersihkan kawasan, sebaliknya semua perlu memainkan peranan barulah keadaan sekitar bersih dan terkawal.

“Kadangkala jika lepas waktu urus niaga pasar malam selesai, kita hendak lalu dengan kenderaan pun susah kerana laluan tersebut dipenuhi sampah sarap,” katanya.

Hazwani berkata, lebih memburukkan keadaan beberapa longkang sekitar kawasan juga turut tercemar dengan bahan buangan seperti plastik minuman dan makanan.

Katanya, kawasan dalam bandar perlu dijaga sebaik mungkin kerana ia merupakan tempat orang ramai lalu lalang dan peniaga lain mencari rezeki.

“Sistem yang lebih praktikal perlu dilaksanakan agar kebersihan terjaga dan terkawal baik peranan peniaga dan pengunjung.

“Paling penting jangan harapkan sebelah pihak sahaja untuk menangani masalah sampah jika lewat buat pembersihan masyarakat bising tetapi mereka lupa ia adalah tanggungjawab bersama,” katanya.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: