Pengundi Muda Diingat Pertimbang Tiga Aspek

po_03.1KUALA LUMPUR  – Pengundi muda diingat supaya membuat pertimbangan sewajarnya berdasarkan tiga aspek penting iaitu rekod prestasi, asas perjuangan dan pemimpin yang baik dalam memilih kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, rekod prestasi kerajaan yang telah berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa, agama, pemikiran dan budaya adalah aspek paling penting.

Tegas beliau, di Iraq dan Afganistan merupakan contoh dimana berlaku keadaan tidak aman walaupun tidak mempunyai pelbagai kaum dan agama seperti di Malaysia.

“Jika bas saja bagus tetapi pemandu cuai tidak boleh diharap, banyak saman dan selalu kemalangan sudah pasti ia tidak baik untuk penumpang.

“Sebab itu, golongan muda perlu memilih pemimpin serta kerajaan yang benar-benar terbukti memiliki rekod baik dan jangan sesekali memperjudikan masa hadapan mereka hanya kerana melakukan perubahan tanpa membuat pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia (MBM) Kali Ke-61 di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: